jemput jadi kawan =)

Thursday, May 19, 2016

lama tak berblogged. eh?

bismillah alhamdulillah.

seronoknya kalau macam yang lain. ade kerajinan update meskipun sibuk.

sebab yang nulih ni tak sibuk tara mane pun.

ya Allah kejap je dah nak masuk ramadhan.
seronoknya. syukur alhamdulillah.

mudah2an ada keinsafan dan kesedaran dalam diri ni.


**  dah tak tau nak mula dari mana. jumpa lagi ishaaAllah. takmo bejanji beria tapi tak laksanakan.
kbai.

Tuesday, August 4, 2015

Rindunya...

Assalamu'alaikum.

ya rabbi, lamanya tak menulis sini.. apa ajela yang disibukkan.

macam manapun katalah ada yang melewati sini, saya nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri.
maaf banyak2 sepanjang menulis sini, atau kenal dimana2 saya pernah berbuat silap atau kasar bahasanya... maap ye.maap :(

alhamdulillah perancangan Allah semuanya indah belaka kalau kita lihat dengan mata dan hati yang disulami iman dan taqwa pada Allah.

seronoknya raya tahun ni, alhamdulillah. lagi seronok bila dah tua gini dapat duit raya lagik.
ekekekekekkeke...

ok baik. tulisan macam takde hujung pangkal dan punca.
kene refresh balik ni.harap mood tulis2 sini mai balik.

p/s : moga kita semua dalam rahmat Illahi selalu.

Monday, March 2, 2015

yeah!

Bismillah Alhamdulillah.

keep calm and stay positive !
heeyahh!

if Allah is all you have
you have all you need .


semua berjalan dalam kehendakNya.

fill your heart with Allah so there is less space for anything other than Allah.

aja aja faitim ana ! hee :)

Thursday, December 18, 2014

Ibu.

Assalamua'alaikum.

Bismillah Alhamdulillah.



Khas untuk Emak dan siapa juga yang bergelar Ibu.

Semoga di payungi lembayung kasih dan sayang Allah selalu buat emak saya.emak anda semua juga.



bagi yang telah tiada emak dan juga ayah maka panjatkanlah doa agar keduanya ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman.



tersentuh sangat dengar lagu ni.

Sayang dekat Emak.Emak takkan baca sini, buka pun emak tak tau. tapi tak apa Allah tau.

Moga Emak dikurnia kesihatan yang berpanjangan serta diluaskan rezeki yang banyak lagi barokah.



sayang emak sayang ayah :)











tenangkan bila dengar ?

sayu bila kenang balik perangai kita yang super degil dan pemalas. suruh buat kerja pun membebel.Allahurabbi. anak bertuah!



p/s: ampunkan dosa emak ayah wahai Tuhan.


Tuesday, December 16, 2014

Apa Yang Terbaik ?

Assalamua'alaikum.
Bismillah Alhamdulillah.

Tajuk macam nak kemukan solusi aje.

sebenarnya tajuk tu berkenaan hasil tulisan atau corak penulisan di blog yang saya kendalikan ni. ikutkan dah makan tahun juga.selain jarang aktif,kurang kemahuan walapun kononnya punya banyak benda nak tulis,idea mencurah tapi semua masuk draf.

disebabkan faktor usia juga kadang tu rasa banyak yang tak penting dari penting. Hehe.
takpalah tulisla semula perlahan2 lama2 dapatlah rentak nak tulis gaya apapun. yang pasti biar ada manfaat untuk akaun akhirat.

nak kata enjoy baca blog ni, entahla.

nak kata boring,boleh jadi ! haha

nak kata ilmiah, ishh masih jauh!

nak kata blog masakan. jauh sekali!

nak kata blog traveller apatah lagi.... ngehngeh.

Apa Yang Terbaik ye?
takpe takpe. inshaaAllah kalau memang menulis disini Allah izinkan sebagai punca manfaat dan sumber rezeki(mana tahu kan?) kenapa tidak saya teruskan.... inshaaALLAH.

nota : Hujan rahmat harini , berada dekat dengan mak ayah and cari rezeki dekat dengan mak ayah sebenarnya jauh beza dari hidup merantau. nampak ketara emak ayah tak begitu susah hati dan bimbang bila jauh. bila dekat meskipun usia hampir melepasi remaja emak ayah tetap jaga macam kita anak kecik. sungguh! untuk semua ayuh selalu titip doa untuk mak ayah! moga Allah mengasii keduanya hingga taman syurga. aaminn

Monday, December 15, 2014

Ujian dan Hikmah

Assalamua'laikum.

Bismillah Alhamdulillah.

Sehingga harini belum pernah saya dengar sekalipun tahu ada antara kita yang terlepas dari ujian dan kesulitan dalam menempuh hidup. Ujian kita berbeza disamping selari dengan kemampuan dan keupayaan kita yang mana Allah tahu tahap kita.

Siapa lagi yang mampu bantu dan memberi motivasi pada diri kita sendiri melainkan diri sendiri. tidak sama dengan kekuatan dari orang lain serta semangat yang disebut sebutkan. ya tak sama!

Ujian yang datang takkan berhenti dan sunyi hinggalah kita mencapai sesuatu yang namanya puncak pada kehidupan iaitu mati. saya pernah baca tulisan Prof.Dr.Muhaya tentang ini. kerana kembara kita bermula apabila kita telah pergi dijemput Illahi dengan segala amal yang dibawa sebagai bekalan menuju akhirat. sesungguhnya di dunia adalah tempat kita berpenat lelah. amatlah rugi bagi sesiapa yang tidak berusaha, bekerja dan pastinya tidak melakukan amalan khusus serta amal soleh/sunat yang di sebutkan dalam Islam.

Panjang lagi kehidupan ini bagi saya dan semua andai diberi nafas lagi , Allahurabbi.

sesekali rasa diri sendiri terlalu lemah dan tidak ada daya yang stabil hadapi cobaan. walhal cobaan itu tanda Allah lihat dan sayang pada hambaNya.

dalam cobaan itu terkandung hikmah.
subhanalah Maha Suci Allah.

selain itu hati merasa sangat tenang dan selesa bila membaca tulisan Ustaz Parol sambil mengingati kata-kata ilmiah dari Ustaz Kazim. masing masing menyebut dan mengingatkan kita tentang hebatnya Allah serta betapa Allah itu tidak akan pernah siakan hambaNya. melainkan diri kita yang menzolimi diri sendiri.

kata Ustaz Pahrol , pohon dan mintalah hati yang sabar bukan pula pinta hidup yang mudah. begitu juga pesanan Ustaz Kazim, Allah sayang dan kasih hambaNya yang sabar sebab ada ganjaran hebat bagi mereka yang bertaqwa di jalan Allah.

Jadi , kepada saya sendiri dan siapa pun yang membaca mudah mudahan kita kekal istiqomah dalam iman untuk selalu bersyukur serta sabar di jalan Allah.

moga Allah berkati kehidupan dan segala nikmat yang kita miliki.


p/s : kalau jatuh ayuh bangun , jatuh lagi bangun semula. begitulah sampai akhirnya. tetapi pastikan kita selalu sabar , redha dan ikhlaskanlah. Allah Lebih Mengetahui.
wallahualam.





Thursday, November 20, 2014

Kejap ada kejap tak ada !

Assalamua'laikum uolss.

Bismillah Alhamdulillah.

Mintak mintak semuanya sihat belaka. kalau kalau ada yang membaca dan sudi datang ke blog super duper tak berapa nak dikenali ini saya nak ucap thank you amat... alasannya moga ada yang dapat dimanafaat meskipun sekadar satu perkataan sahaja.

dah tua tua ni (awal dua puluhan, tapi perlu sedar usia kita ya) rasa banyak benda nak buat, padahal banyak yang tak dibuat dan tak terbuat. ini antara asbab saya selalu ada dan selalu hilang dari blog ni. Allah...
tengok orang semua semakin baju berblog, semakin maju berbisnes tapi saya masih di takuk lama. sabar jelaa.... hahaha.

nak kata menghilang sebab pi luaq negara idak aihhh. kat mesia aje. cuma itulah saya tak struggle macam orang lain, rajin rajin dan sangat rajin.

mintak mintak Allah beri saya hidayah dan petunjukNya selalu. inshaaALLAH aaminn.

dah bulan November dah ni ha.
apa projek kita ya?

bagi yang bujang saya doakan kalian terus istiqomah membina kehidupan, jagalah ibu ayah kita dengan sebaiknya.sebab emak ayah kita adalah kunci kejayaan dunia dan akhirat kita.

kepada yang sudah berumah tangga semoga tabah! sebab alam rumahtangga lebih banyak ujiannya. yang pasti pinta pada Allah sekeping hati yang sabar bukan sebuah kehidupan yang mudah. kerana sabar mampu membantu kita meneruskan dan menjalani kehidupan yang lebih baik.inshaaAllah.

siapapun atau apapun tanggungjawab kita , hargailah!
kerna kehidupan ini cuma sekali. dan akhirat itulah yang abadi.
wallahuaklam.

love uolss. cewah!