jemput jadi kawan =)

Wednesday, October 13, 2010

sahut seruan kerajaan

salam satu malaysia...
hihi.....
gagasan apa pun tak kesah,sbb sy rakyat yang berminda terbuka..dan pastinya bila perdana menteri kita sekarang punya misi dan visi yg baru spt skarang,sy sokong!
seratus peratus.tambah2 pulak,ggasan yg dibentuk amat menggalakkan dan semua rakyat yg berbilang kaum juga mempersetujui apa yg di'laungkan'.

syukur alhamdulillah,negara malaysia begitu aman dan makmur walaupun sy akui ttp ada 'politik dalaman' dlm apa institusi sekalipun.

berbalik pada tajuk asal sy,sebenarnya sy melihat(eceh,mcm berucap pulak!-rindu zaman perbahasan...)
dalam beberapa harini,sempat juga sy menonton tv,yg mana sekarang(dah lama sbnrnya kerajaan memupuk bende alah ni) di stesen2 tv mengeluarkan iklan2 MENGGALAKKAN DAN SEPATUTNYA RAKYAT MALAYSIA MENGUTAMAKAN BAHASA KEBANGSAAN...
sy juga akur segelintir dari kita malu utk menuturkan kata2 dlm BAHASA.
dan silap sy sendiri pulak sbb mmg masih terdapat kata2 sy dlm seharian yg bercampur aduk BAHASA dan bhasa inggeris.(bila fikir2 malu pun ade...nama aje org melayu,ckp kejap 'mat soleh' kejap BAHASA.).......

tapikan,sy mengaku yg sy teruja dgn apa yg kerajaan usahakan nih...bia org mcm sy ni sedar akan betapa pentingnya BAHASA.sbb BAHASA menunjukkan bangsa...tak bangga ke?sejak mula sy melangkah ke alam remaja yg lebih mencabar iaitu sewaktu menuntut di universiti,banyak kepincangan BAHASA berlaku...waktu tu,ya rabbi...sy naik risau sbb ramai sgt anak muda remaja yg lbh suka menggunkn bhsa inggeris.ya,memang bhsa inggeris pnting,tapi agak2la...gunakan b.inggeris terseut pd tempat dan masa yg betul.

cuba lihat org jepun,mak aih...punyala diorang bangga dan tak pernah lupa menggunakan bahasa ibunda mereka tu...dan kalau tak silap sy puratanya org jepun ramai yg kurang pandai/mahir berbahasa inggeris(tak bermakna mereka tak pntgkan bhsa inggrs pulak),tp hakikatnya memang mereka lebih selesa berkomunikasi mggnakan bhsa ibunda mereka.

kenapa kita tak mcm tu ya?
fikir2kan....
selamat mempraktikkan....
sy bkn pula nk menyentuh soal bangsa,agama atau sensitiviti masyarakat cuma sy selaku rakyat yg prihatin.suka sy mengajak kalian sama ada MELAYU,INDIA & CINA dan lain2 moh kita memartabatkan BAHASA...'bahasa melayu' sudah lama termaktub sbg bahasa rasmi negara malaysia,TAPI kenapa kita terhegeh2 terkedek2 nak cakap inggeris lagi?

ya,sy tau,ramai yg pandai bertutur bhsa inggrs dan mungkin juga yg suka dlm bhsa tersebut ingin memahirkan lg bhsa iggrs mereka,tp biala berpadan patut...sy yakin yg membaca entry ini dikalangan org2 yg bijak pandai jd mesti tak ada masalah nak faham bukan....?

kalau nak malaysia ni maju,makmur,hebat apa bagai,jgnla harap satu2 pihak aja,takpun jgn menyalahkn pihak2 berwajib aja ,sbb mereka cuma satu medium dan penggeraknya kita...

cth,kalau kita nak kaya takkanla harap malaysia anta duit bekepoi2,beguni2,dah tetntula kita yg kene usaha...tak gitu?
=)

sy harap kita semua rasa akan tanggungjawab dengan setiap seruan dan pendekatan yg dikeluarkan oleh agensi2 kerajaan atau swasta sekalipun selagi ianya mendtgkn manfaat pd negara juga diri kita sendiri.

harap maklum: SAYA MEMOHON MAAF SEKIRANYA ENTRY INI MASIH BANYAK KEKURANGANNYA DAN SAYA JUGA PUNYA SILAP KERANA PERNAH MENCAMPUR ADUKKAN BAHASA,NAMUN JIKA DI ENTRY AKAN DATANG TERDAPAT ROJAK BAHASA LAGI,MUNGKIN IA SBG SATU KESILAPAN DI LUAR KAWALAN MEMANDANGKAN ITU KOMUNIKASI SEHARIAN(sila berubah cik ana.)

mari kita menyahut seruan...hehehehhe

No comments:

Post a Comment