jemput jadi kawan =)

Thursday, October 21, 2010

sesekali

sesekali nafas pun tak berapa nak berfungsi dengan baik.kucar kacir bergerak dalam liga darah dalam tubuh saya.nafas berjalan tersekat-sekat bila saya mula rasa tidak selesa dengan apa yang sedang saya alami.sesak bila ujian datang bertubi-tubi.menghenyak diri,menikam jiwa raga.

sesekali nak berfikir waras pun boleh jadi sesak.sesak.tapi apa guna perisai kita?
dilahirkan dalam agama yang sgt syumul,saya berdarah islam,jadi bila sakit yang saya rasakan sgt wajar sy menghadap Allah.memohon ampun,meminta petunjuk dan hidayah kerana saya yakin setiap permasalahn dapat dielesaikan.inshaALLAH.

dalam semangat yang kian runtuh saya himpunkan segala saki baki kekuatan supaya saya terus bangkit berjuang utk hidup.sudah namanya kehidupan,kalau tak dilanda badai,ujian,pahit getir bukan namanya kehidupan kan?

saya tak menidakkan masalah,setiap orang ada hal mereka sendiri,dan bagaimana nak selesaikan,ikut tindakan susur galur yg bertepatan selagi tak menyalahi syarak dan undang2.
jadi bila saya berada dlm situasi mcm ni

pertamanya saya perlu beristighafar pd Allah byk2,
mohon pada Allah agar sy diberi ketenangan,kekuatan dan jalan utk selesaikan,
sy mula menyelesaikannya ikut kemampuan....

ya Tuhan,selagi hayat dikandung badan,aku bermohon agar ENGKAU sentiasa bersamaku,berilah aku petunjuk dan hidayahMU...

suluhilah aku dgn cahayaMU,
terangilah hatiku dgn NUR yg terbaik disisiMU..

ALLAHUAKHBAR!

No comments:

Post a Comment