jemput jadi kawan =)

Wednesday, November 3, 2010

banyak dengar berita mendukacitakan.

rasa betul2 bertuah hidup menumpang di bumi Allah ini.segalanya mudah diperolehi,segalanya seolah2 ada walau mungkin susah nak gapai satu2 benda atau perkara.boleh share dgn saya apa yang kamu,kamu dan kamu faham apa makna realiti kehidupan....?

semenjak seminggu ini,saya dengar banyak berita kematian...saudara saya sendiri sudah dua orang yang pergi menyahut serua illahi,sebelum itu pun ada orang disekitar kampung yg pergi menghadapNya...dan baru sebentar tadi aje,sy dpt tau org yg xcident dekat satu area ditempat sy tu meninggal dunia....dan harini juga sy dpt tau yg bapa kawan universiti sy juga telah kembali kepadaNya....

demi YANG MAHA KUASA juga tangungjawab kita sbg islam,marilah kita sedekahkan AL-FATIHAH.dan seperti yang kita sedia maklum dalam kalangan artis juga ramai yg telah kembali ke rahmatullah....Allahuakhbar!siapa kita utk menidakkan apa yang berlaku dan yang bakal berlaku.

sesungguhnya kita semakin hampir dengan kematian.pasti! segalanya pasti...dan semakin hampir dengan kematian kita semakin asyik dengan dunia,harta benda,mainan dunia,keseronokkan dunia.semuanya.ini peringatan khas utk diri saya! jangan terlalu taksub memikirkan hal2 dunia melebihi hal2 akhirat....

pada semua yang membaca,terutama kawan2,teman2sahabat2 dan sesiapa sahaja juga kawan2 blogger yang baik hati,saya memohon ampun dan maaf seandainya pernah melakukan kesalahan,dan apa sahaja,maafkan sy dunia akhirat.maafkan sy....

semoga setiap yang kita banggakan,bahagiakan,gembirakan,kita tetap mengingati ALLAH TAALA.semoga Allah sentiasa melindungi hati jiwa kita dari perkara2 yang menyesatkan...amin.

saya mohon maaf pada semua.
salam

No comments:

Post a Comment