jemput jadi kawan =)

Thursday, April 28, 2011

jangan ada jurang kerana itu

salam

dalam ketenangan dan kesyahduan saya menghayati bacaan Surah Yaasin oleh Ustaz Dzulkarnain,entah kenapa tiba2 hadir satu perkara yang saya rasa boleh dan dapat saya share disini...itulah namanya manusia biasa,dalam2 khusyuk tu ada juga yang terlintas difikiran,cuma ini berkaitan 'kita-kita,maksud saya manusia ni,tak berniat untuk tujukan pada sesiapa sedangkan saya sendiri banyak kurang cacat dan celanya sana sini...

saya petik kembali tajuk entry kali ni
'jangan ada jurang kerana itu,maksud saya mudah saja

apapun parti anda,pasukan anda,kumpulan anda,siapapun,apapun,manapun,untuk apapun ,kita menginap di bumi yang sama.Tuhan yang SATU.ALLAH S.W.T...

BUKAN niat memetik atau cuit sesiapa sebenarnya,selalu2 lah kita bermuhasabah diri,kenapa ya kita selalu kejarkan yang 'tidak2,tapi YANG SATU kita suam2 kuku aje nak buat.dan belum tentu nak kejar sepenuh hati.

tak penatkah kita bertelagah demi satu OBJEKTIF yang sebenarnya pada hemat saya yang tak arif ni,tak kemana pun atau tak tentu lagi tujuannya...sekalipun antara kita punya pendapat berbeza,pandangan berbeza,kredibiliti dan perjuangan yang berbeza untuk dunia semata khususnya,TAPI kenapa mesti cemarkan pegangan hidup kita,kiblat kita...sesungguhnya hanya Tuhan yang layak disembah...tak jelas lagikah kita...

penat,letih,pilu,kadang2 saya kasihan...

apa2 pun,ingtlah kita...

tak kesahla orang itu ini punya gang atau politik apa sekalipun,tolonglah berminda POSITIF,jagalah ISLAM,ugama kita.jangan cemarkan ISLAM atas perkara2 yang tak masuk akal...tak kesahlah nak berjuang apa bagai,

tak baikkan sebab perkara entah hape2 nak bermusuhan.MALU lah!
sesama manusia nak malu sangat.tapi mana hilangnya MALU kita pada Allah...


sekali lagi,let me remind n repeat again,maaf bahasa inggeris tak berapa nak bagus =)
'JANGAN ADA JURANG KERANA ITU'...

p/s-saya bukan pakar,saya sebenarnya pun bukan penulis yang baik,pandai pun tak sangat.tapi alhamdulillah,mudah2an mana yang baik ambil iktibar,yang sebaliknya buang jauh2.maafkan saya kalau ada kekurangan.moga2 Allah merahmati setiap dari kita...

wallahualam,

No comments:

Post a Comment