jemput jadi kawan =)

Saturday, November 26, 2011

kenduri ja'a nanti

assalamua'laikum wbt

suasana kembali sepi dan tenang.seisi rumah telah selamat dibuai mimpi setelah lelah disiang hari menyelesai dan menunaikan segala tuntutan hidup...tuntutan duniawi dan pastinya ukhrawi...mudah2an mendapat keberkatan Allah.aaminn..

alhamdulillah kad jemputan anak buah saya yang baru lahir hampir sebulan lalu,qaseh zara raisya telah siap.tadi si abang ipar bawa dari shah alam,semuanya telah disiapkan dari hal designing hingga ke printing bagai...sementelah semuanya boleh diusaikan disana,jadi bila bawa kesini saya cuma tinggal tolong isikan nama para jemputan...

teruja pulak tengok kad jemputan tu haa,comel aje.mini kad untuk goodies bag pun da selamat dibuat...
tinggal nak gantung pada beg2 tersebut aje.

insyaAllah nanti ada waktu sambung semula kerja2 tu sebab masih ada nama yang belum ditulis.esok pagi lepas subuh macam tu saya dengan encik ayah,puan emak nak ke teluk intan,dah lama tak kesana kata mak.ha ah,memang pun,since saya sambung belajar dah lama tak jejak kaki kesana and lepak2 makan kat kedai pilihan kesukaan mak ayah...tapi pergi bertiga aja esok insyaAllah..

ermmm,kenduri ja'a tu nanti bulan disember ni haa...qeqah and cukur jambul.
mudah2an segala yang dirancang sama seperti yang Allah kehendaki,moga2 diberkati.


p/s-salam maal hijrah 1433.

No comments:

Post a Comment