jemput jadi kawan =)

Sunday, December 4, 2011

muhasabah diri


assalamua'laikum wbt

memujuk diri supaya tidak lekas melatah.mengajar diri agar lekas lekas merubah.manusia itu selalu takut pada kesilapan dan kesalahan yang dilakukan.rela dihimpun dari mengakui dan seterusnya berusaha untuk merubah.ahh manusia itu memang ego.terlalu egois.kerna terlalu mementingkan nilai dan maruah diri katanya.begitukah?

manusia itu sama saja.

yang beza sikap.sikapkah?
benar.tapi yang benar benar membezakan kita adalah amalan yang bakal dipersembahkan kelak.

dosa dan salah berjela bermeter.eh tidak.lebih dari itu.
pahala? moga2 hari hari kita ada berbuat pahala.insyaAllah.aaminn.



malam kini.

posisi dibetul betulkan.
resah gelisah.kadang kadang rasa tak kena.oh rupanya begini rupa dunia.ada manusia di atas bumi yang berbeza angkara dan kerja.ada tidur.ada masih bekerja atau mula bekerja demi diri dan lain lainnya.ada lagi yang bersengkang mata demi sesuatu.ada juga yang berbesar hati membentang sejadah,lekas lekas mahu berjumpa Tuhan Empunya Dunia.ingin menebar dan mempersembah segala rasa didada yang membebani segenap hari dan ketika padaNya.berharap agar dapat mengurangi segala yang memberat didiri.

malam malam sebelum tidur eloklah berpesan pesan pada diri.apa yang dah diperbuat.apa yang telah disumbangkan.tak perlu yang hebat hebat.tak payah kata yang besar.malu sahaja.walhal yang benar tinggi nilainya itu kalau kerja buat yang disertai 'ikhlas'.berkata ikhlas itu anak kecil 4tahun pun tahu.tetapi yang sebenarnya ikhlas itu hanya Allah Yang Maha Tahu.sungguh.

berpesan pada diri.maafkan semuanya.halalkan apa adanya.relakan terjadinya.ya apa saja...berlebih kurang sudahlah antara kita sesama manusia.sedang kita ini lahirnya tidak sempurna mana.jadi bermaaf maaflah kita.


supaya kita ini berasa tenang dan tidak bersengketa yang sia sia.


p/s-ingatan dan teguran saya utamakan pada diri utamanya.beringat dan nasihat untuk diri.selebihnya sebagai ingatan sesama sendiri.moga moga kita capai manfaat.insyaAllah.

No comments:

Post a Comment