jemput jadi kawan =)

Saturday, January 21, 2012

tanpa tajuk

Assalamua'lakum sahabat yang dirahmati Allah.

sedar tidak sedar rupanya langkah kaki semakin jauh.tetapi apa yang telah diperlakukan atas dunia ini.dalam hati dicetak segala yang dimahukan.tetapi dalam juntaian harapan dari sepuluh mungkin satu atau dua sahaja yang Allah izinkan untuk menjadi hak mutlak diri.

kadang kadang bila harapan dan usaha masih belum dicapai memang serasa mahu tumpah butir permata yang berkaca kaca pada sepasang mata.kadang kadang memikir dimana silap salah hingga yang dihajati umpama pudar dan tidak kelihatan bayang kejayaannya.Allahu akhbar!

jauh dalam qalbu meronta pada Empunya Dunia agar terus diberikan kekuatan yang berlipat ganda supaya terus ampuh dan kekal berdiri dalam rahmat Allah.terus dalam jalan Allah.mohon supaya tidak lelah dan putus asa sedang yang namakan hidup itu adalah hanya semata mata atas kehendak Allah Ta'ala.sabarlah wahai sekeping hati.jangan engkau lekas rapuh.jangan...

ia.ujian itu bertimpa timpa.dugaan itu serata ada.
Allah....
Allah...

lahaulawala kuatailla billa...

tersudut di tingkap hati,apakah diri benar benar tabah.
benar benar kuat seperti yang selalu dicakap dan ditulis.
mulut itu mudah berkata kata.hati itu juga mudah berbolak balik.sifat juga mudah bertukar rupa.masyaAllah.

Ya Allah.beri aku jalan.
tunjuki aku jalan tabah dan bertenang.ajar aku untuk tersenyum.ajar aku untuk tidak membuang waktu menitip pilu.bantu aku melihat sesungguhnya ujian yang diberikanMu adalah kerna Engkau mahu menguji keimananku terhadapMu Ya Allah...dan hanya semata Engkau kasihkan aku...Allahuakhbar!

p/s- apa mungkin bila sesekali rasa sedih itu muncul tidak lebih dari hanya menguji dan mengajar diri supaya muhasabah dan mentarbiah diri sendiri.wallahualam,

No comments:

Post a Comment