jemput jadi kawan =)

Wednesday, July 18, 2012

Ramadhan Yang Dinanti

Assalamua'laikum sahabat :)


beberapa hari menjelangnya ramadhan,sungguh hati yang sedang menulis ini ada macam macam keadaan dan reaksi.sukar nak dijelaskan tapi syukur padaNya kerna yakin Yang Maha Agung itu mengetahui setiap apa yang hambaNya rasakan.memohon kekuatan lebih dariNya agar memautkan aura dan daya luar biasa supaya dapat melalui hari depan,insyaAllah


berdepan dengan segala macam rintangan dinihari bukan calang2 mudah,kalau diikutkan rasa pasti semua binasa,tapi kita yang manusia ini kadang bercakap itu mudah,nak melaksana masyaAllah kemain siksa.ya kadang kadang...


ish kenapalah sejak sejak ni nak menulis macam dah teruk beno idea tu nak dipecahkan2 jadi tulisan.rasa tungging langgang..itulah rugi tak manfaatkan peluang menulis.eh tidak,sebenarnya blog saya ni haa yang selalu tak dapat nak acces.huhuu  T_T


ermm,kembali pada tajuk,


Ya Tuhan,saya sebenarnya nak beritahu ni...saya rindu benar dengan bulan ramadhan,sebab saya tahu saya banyak membuang waktu,peluang beribadat juga banyak kurang dari penuh.moga moga ramadhan kali ini membentuk sifat dan tabiat yang lebih baik,lebih beridentiti lebih hebat manusianya(seimbang dunia seimbang akhirat),lebih bekualiti dan punya aura..insyaAllah.aaminn


saya mahu kikis sifat2 yang tidak memajukan diri,saya mahu buang sikap yang tidak elok kepada yang lebih baik,paling penting mahu pertingkatkan amalan,berbuat amal dan menampung kembali koyak koyak yang bertaburan di sejadah kesayangan saya...amin amin amin ya Allah...aaaminnn


sahabat yang saya muliakan,saya berbesar hati ingin memberitahu bahawa saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan,sebelum itu saya mohon luhur dari qalbu maafkan segala kesilapan saya pada anda semua,moga amalan kita diterima Allah.


mendoakan agar ramadhan kali ini lebh bermakna dan bererti buat semua.
jangan sia siakan peluang,apa mungkin ini adalah ramadhan yang terakhir buat kita semua...Allahu Ya Allah :(


Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Ya Ramadhan,
ramadhan kareem <3


ps- saya bergantung penuh pada Allah pada setiap jalan yang bakal dilalui...Allahuakhbar!







No comments:

Post a Comment