jemput jadi kawan =)

Tuesday, February 19, 2013

Kuala Lumpur vs Kampung

Assalamua'alaikum sahabat ,

bukan untuk menghuraikan definisi pada tajuk tetapi lebih kepada pilihan kita untuk bermastautin di kampung ataupu di bandar ,

beberapa tahun lalu selepas habis selesai tanggungjawab sebagai seorang pelajar iaitu tamat SPM saya sekadar berhasrat untuk mencari kerja sementara tunggu result keluar.jadi saya memang tak kesah kerja apa dan dimana asalkan halal lagi direhai Allah.

kebetulan Allah telah rencanakan rezeki saya untuk menabur bakti lebih kurang tiga bulan atau kurang di pos besar kl , daya bumi.

dan alhamdulillah juga berkat doa emak ayah keluarga dan pertolongan si kakak untuk saya dapatkan kerja tu,jadi saya mendapat restu emak ayah untuk kerja di sini(kl)

sekadar memberitahu , saya tak berasa teruja dengan Kuala Lumpur.cukup sekadar saya berbangga kerna KL memang hebat dan lubuk rezeki anak2 muda atau apa juga usianya mencari rezeki.

kl kota sibuk dan tak pernah sunyi.

dari kecil pun saya sudah puas duduk di sini sebab ayah emak memang duduk sini since kahwin tak silap.lagi pula atok(sudah arwah,Al Fatihah) dan opah sebelah ayah memang menetap di kl , kampung delima belakang istana negara.setelah usia saya menginjak 7 atau 8 tahun baru kembali ke perak atas urusan kerja emak dan ayah.

di kl saya melihat kehidupan yang serba maju , ya sangat maju dan di luar pemikiran saya bahawa rupanya kota kl amat luar biasa orang2 dan kehidupannya sama ada orang berada atau biasa2 saja.

berbalik pada tawaran kerja tersebut , saya berdoa kepada Allah agar pilihan ini baik dan benar2 membantu saya menimba ilmu dan menyimpan sedikit uwang demi mengejar cita2 untuk sambung belajar walaupun duit tu tak sempat pun digunakan untuk belajar.hee

alhamdulillah kerja ok tapi entah kenapa saya kurang selesa dengan budaya dan cara orang2 sini.bukan mengata atau membeza2 tetapi kebenaran bahawa orang2 sini(bandar) sangat sibuk dengan kehidupan kerja kerja kerja dan kerja sahaja.apalagi isu sosial dan kehidupan yang sangat slumber badak bergaul lelaki perempuan,namun tak pulak saya senang2 menghakimi cara orang2 bandar.yang kelakar walhalnya saya kecil2 lagi sudah hidup disini dan selalu ikut emak meniaga di brickfields.agaknya kecik2 tak tau dan tak faham rentak manusia.

dah besar udah reti takut dan macam2 lagi.

tetapi kalau kehidupan di kampung pula banyak yang saya sukakan ,
kalau ada yang membaca jangan pula rasa sesuatu sebab ini sekadar tulisan pengalaman dan dicoretkan sebagai kisah sahaja.

saya tak tau kenapa tapi saya extra bangga dan suka bila orang cakap saya orang kampung atau apa jua yang berkaitan.sebab saya tahu kehidupan kampung itu amat dekat dihati.saya tak reti nak rasa malu asal dari kampung atau duduk di kampung malah saya berimpian untuk membina sebuah rumah di kampung.tak kesahla papan batu atau plywood.hehe

asal kampung.tenang damai dan membahagiakan sekali!

di kampung (sebenarnya kampung tidak seperti dulu ada tempat2 yang lebih kurang sama kemajuannya seperti di kota kl) saya tetap dapat membina angan2 dan mencipta kehidupan yang baik.alhamdulillah,biar tidak glemer tetapi suasana kampung selalu menggamit memori sangat istimewa di hati.

alhamdulillah sebab berkesempatan sekolah tadika,sekolah rendah,sekolah petang(agama rakyat) dan sekolah menengah di kampung(perak) saya ,cuma hanya selepas habis SPM saya berhijrah kembali ke kl iaitu shah alam untuk sambung belajar.seterusnya sambung di kl dan juga kerja serata area yang saya tak pernah terfikir.

bidang kerja seperti saya memang perlu untuk saya ketengah ketepi.alhamdulillah dari perak,petaling jaya,kuala lumpur,rawang dan damansara menjadi rutin laluan dan penginapan untuk melangsaikan tugas.

cumanya berbalik pada tajuk 'kuala lumpur vs kampung ,
tak banyak beza atau mana lebih baik.

akan tetapi andai diberi pilihan saya akan memilih suasana damai lagi indah ,
kampung tetap di hati.dan mungkin kota ada pusat untuk mencari rezeki yang Allah beri.

p/s: duduk kl rindu kampung.duduk kampung teringat kl.padahal dua2 sama - rumah dan kerja !!!











No comments:

Post a Comment