jemput jadi kawan =)

Monday, November 11, 2013

bersedia dalam situasi apapun

Assalamua'laikum , selamat menunaikan ibadah kerja masing masing :)

semalam alhamdulillah selepas seleaikan beberapa hal dirumah saya keluar bersama sahabat-sahabat yang akrab dari sekolah lagi.bila Allah beri kesempatan macam ini saya bersyukur sangat kerana selain memiliki sebuah keluarga yang lengkap memiliki emak ayah yang pengasih , ahli keluarga yang baik hati saya juga menghargai persahabatan yang terjalin dengan mereka yang saya kagumi.

dan sudah pasti Allah adalah yang utama dan tujuan atas semua yang dikerjakan.

dalam pada itu kami berborak-borak.biasanya topik tidaklah berat atau merumitkan.sekadar tentang pelaksanaan tanggungjawab masa depan , rutin harian , berkisar teman-teman ,rakan taulan bagai.
last sekali termasuk bab sedikit serius yakni tanggungjawab yang dipikul sebagai seorang anak dan hamba kepada Pencipta.

saya kira itu serius dan sangat penting. kita hamba , didunia ini sekadar persinggahan untuk mengumpul bekalan bagi akhirat destinasi pasti kelak.

cuma kadang-kadang tu ada sesuatu yang menyentuh hati saya tapi tak dapat disampai atau dikongsikan melalui cara komunikasi.terasa mahu berkongsi dengan sahabat tetapi berat yang dinyatakan sebab saya fikir setiap makhluk Allah itu ada habuan masing-masing dalam menempuh onak dan ranjau kehidupan.

dan saya teringat kata-kata seorang perunding motivasi ini bahawa persoalannya kehidupan ini tidak selalunya mengikut acuan yang kita kehendaki dan lazimnya semakin kita mahukan sesuatu maka kita akan semakin kecewa nanti.dan terimalah hakikat yang Allah takdirkan ini dan bukan menyalahkannya pula apalagi menyalahkan orang lain.

lihat dari pandangan mata yang selalu bersyukur.selalu ingat bahawa semua itu hadir bersama hikmah dariNya.percayalah kemampuan manusia itu sangat terbatas.tidak ada seorang manusia pun yang mampu menolak takdir.

cubalah kita mengerti bahawa 'sesungguhnya hidup dan matiku hanya kerana Allah semata-mata.kehidupan dunia ini adalah bersifat sementara dan akhirat adalah buat selama-lamanya.

dan selalu ingat,  bersedialah kita dalam keadaan apapun situasi apapun.
jikalau hari ini kita senyum bahagia tidak pasti pula akan datang kita tetap tersenyum.pasti kesedihan dan keperitan hadir menguji.kuatkanlah iman , berdoalah kerana itu adalah kekuatan ornag-orang Islam.
wallahualam.


p/s: moga dilimpahi rezeki yang melimpahruah dan gunakan dijalan Allah jalan yang diredhai :)


No comments:

Post a Comment