jemput jadi kawan =)

Tuesday, November 12, 2013

hidup terlalu singkat untuk tidak memaaf dan meminta maaf

Assalamua'laikum ,

terlebih dulu saya berdoa kepada Allah agar dikurniakan sekeping hati yang kuat memaafkan dan berani meminta maaf atas kesilapan yang pernah dilakukan sama ada sengaja atau tidak.

siapapun yang pernah hidup atas muka bumi ini , selagi namanya manusia pasti tidak terlepas dari berbuat silap.saya juga begitu.

kebetulan ada beberapa perkara yang pernah berlaku dalam hidup saya , Allah beri peluang saya menimba segala macam ilmu yang takkan saya dapati dari mana-mana pusat pembelajaran kerana itu adalah rencah kehidupan lazimnya ia bisa berlaku pada siapa-siapa.Allahuakhbar...

pernah disakiti , pernah kecewa , pernah lemah didalam ujian yang menimpa.amat berat dijiwa apabila kita diuji yang mana seseorang yang dianggap mulia , baik dan berpakaian sopan bakal menghimpit kita.dia yang kita yakini sebagai seorang muslim sejati rupanya sekadar luaran.

benarlah kata-kata seorang ulama 'hati hati , kala ini ramai yang sanggup pergunakan dakwah dan berpakaian menutup aurat demi mencari pasangan atau menarik perhatian pasangan ' ...

disini saya melihat dari sudut berbeza yang mana tidak semua tetapi itulah hakikat sebenar. ramai yang membusukkan nama baik Islam demi kepentingan masing-masing.

sayang sekali , kepercayaan dan trauma yang menghimpit diri saya kebelakangan ni membuatkan rasa sesuatu pada mereka yang dimaksudkan ,apa tujuan dan kehendak sebenar orang-orang begini.

pernah saya terfikir panjang dan menadah tangan kepadaNya , apakah ini ujian yang cocok buat saya. ya Allah lebih tahu. dan Dialah yang menggerakkan hati sekelian manusia.namun saya hanya manusia yang kadang-kadang tidak kuat menghadapi.ini takdir bagi saya apabila diuji dengan ujian yang sedemikian.

saya redha andai dikhianati dan dilihat sebagai seorang yang bukan dalam kalangan orang yang baik-baik.sebab saya tidak hairan dengan pandangan manusia.manusia itu hati dan pemikirannya mudah ternoda.ya mungkin hari ini dia suka kita , esok lusa ?

hati manusia lekas berbolak balik.

cuma terkilan tetap berbekas dihati.
hingga ke saat ini... astaghfirullahal adzimm.

sewaktu mendengar perkhabaran bahawa saya digembar gemburkan dengan kata-kata tidak manis, hubungan persahabatan terputus akibat seseorang yang saya anggap tinggi ilmu ugamanya , ujian bagi saya.moga hikmah menyebelahi saya dan lebih kuat dihari mendatang.

mungkin setelah apa yang telah dia miliki kini itu telah tertulis baginya namun langkah yang diambil telah memutuskan tali sahabat yang terbina.saya tidak pernah membuang sesiapa namun lebih mengingati pada kata kata seorang hamba Allah ini , jauhkan dirimu agar tidak timbul hal-hal yang lebih merumitkan.

Allah ada , Allah itu tidak tidur.Dia tahu segalanya.
relakan ujian yang mendatangi itu dan redhalah sepenuh hati.

perbuatan yang baik pasti berakhir dengan baik.begitulah sebaliknya.

siapapun, dan bagaimanapun.
saya sentiasa berlapang dada memaafkan.inshaaAllah.

moga Allah memberi hidayah padamu.menutup pintu hatimu untuk melakukan hal sama kepada yang lain.dan bertaubatlah kepadaNya.pintu syurga adalah bagi orang-orang yang benar-benar beriman.

bukan sekadar busana yang menutup aurat atau hujah yang penuh butir-butir Islamik.

kerna diri ini senantiasa berharap keampunan dariNya begitulah saya berdoa agar hati ini ikhlas memaafkan dan meminta maaf.

wallahualam

p/s:  pinta hati yang syukur , sabar , tawakal





No comments:

Post a Comment