jemput jadi kawan =)

Tuesday, November 30, 2010

nak cakap.




assalamualaikum wbt.

harini dahpun masuk 30/11/2010.
kalau saya semak dan ingat satu persatu momen2 yang pernah singgah dalam lapangan hidup saya,masyaAllah,hanya TUHAN aja yang tau bertapa byk lagi yg sy tertinggal dan tak dapat lakukan dgn baik ataupun jadi yg terbaik.

saya memang banyak angan2,angan2 saya baik yg diusahakan atau terpaksa saya pendamkan dahulu.dan sepanjang menumpang di bumi ciptaan Allah yg terlalu indah ni,saya perlu akur yg bukan semua setiap dari yg kita mahu akan termakbul.hakikat.kadang2 benda yg tak pernah kita fikir akn menjelma diluar jangkaan kita,itu sebab kita hari2 mmg kena 'get ready' dgn apa saja bentuk kejadian dan 'musibah' yg mungkin.bukan mintak yg bukan2,tapi sehebat manapun akal kita memikirkn yg bagus2 belaka tapi yg tak hebat sure dtg tanpa kita sedari.

takpaahla saya nak ceritakan kes2 2009,cukup aja kisah2 sepanjang 2010,dan tak lama lagi 'kehebatan dan ketaksuban 2010' saya pasti berlalu.saya harus redha dgn perjalanan yg Allah qada'kan buat saya.memang kita perlu merangcang kehidupan,dan Allah yg mengizinkan setiap sesuatu,tapi bila kita dapat berfikir dgn lebih telus bahawasanya Allah telah menentukan segalanya buat kita,memanglah semua duk cakap sama juga halnya kalau kita dengar ceramah yg lbh kurang begini terjemahannya, 'TUHAN takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yg berusaha utk berubah'...akan tetapi,walau kita usaha tahap mana,cuba tahap apapun tapi kalau rezeki kita atau nasib kita bukan terletak pada satu2 itu,bermakna ianya mmg bukan ditentukan utk kita.

saya pun harap sangat supaya tahun akan datang membawa khabar berita yang gembira dan membanggakan.saya paling berharap dapat membalas jasa budi baik,pengorbanan seluruh keluarga saya...sebab mereka,doa mereka,kaseh mereka,semangat mereka yang buat saya kukuh di alam fana pinjaman Allah Taala ni,semoga setiap sesuatu yg telah berlaku dpt saya menikmati hikmah dan rahmatnya.

dan berbalik pada tajuk asas saya,
saya bangga dengan kejayaan setiap dari kawan2 sya,teman2 saya,lebih2 lagi kejayaan dari ahli keluarga saya sendiri.dan saya juga kagum dgn kejayaan setiap dari kamu! sesiapa saja...tahu kenapa?


satu masa bila kita telah Allah kurniakan satu kelebihan luar biasa iaitu 'kematangan' mesti kamu akan akui kata2 saya.jujur saya cakap ni. bahawasanya,kalau kita mulai matang kita akan mula melihat kejayaan org lain,kebahagiaan orang lain sbg satu yg amat membanggakan dan mungkin juga kita boleh jadikan sbg cth terbaik dlm hidup kita,banyak yg blh sy kongsikan tp apa yg sy katakan disini hanya mana yg sy sedang ligat mengingati dan berfikir di otak.bila masa kita elah mulai matang,segalanya yg kurang elok yg pernah berlku dlm hdp kita,pasti kita rasa sgt malu dan rasa ingin sekali memutarkan masa kembali supaya tak melakukan perkara2 bodoh!
tak kesahla pasal apapun.dan bila kita didatangi kematangan kita akan mulai menghargai kehidupan dan merasakan sgt rugi kalau kita tak berbuat perkara2 yg mulia disisi Allah juga sesama makhluk.

selepas saya habis belajar saya lebih banyak membaca dan meluangkan masa dgn keluarga memandangkan sya cuma hanya bekerja freelance dan partime sahaja,jadi kekangan masa menjadi kebarangkalian berlaku.saya tak juga terlalu naif tanpa berbuat sesuatu yg drastik atau memperjuangkan hidup saya,tetapi masa lebih kurang setahun ini,saya banyak belajar akan hakikat perjuangan mausia dalam menangani dan menjalani kehidupan yg punya rencah dan perisa.kalaulah kita tiada akal dan tak waras dalam hidup semestinya pincanglah sesebuah bingkai yg bernama kehidupan itu,tapi saya melihat fenomena yg ligat dan cepat melayari arus dunia sekarang sangat mencabar minda dan keupayaan saya agar bertahan dgn penuh makna,saya tak mahu merasa sia2 menjadi manusia jauh sekali rasa tak bijak menjalani momen hidup...


dan saya tak resah kalau dilanda kesedihan kerana sy melihat kesedihan sbg satu hadiah pada saya supaya saya tak berasa terlalu sempurna dan cukup bagus menjadi khalifah ALLAH.sesunguhnya bila saya berasa sedih saya akan muhasabah diri,saya akan mencari keburukan diri,menilai dan memperbaiki setiap dari kesilapan yg pernah dan telah sy lakukan,dan sebenarnya saya tak niat atau sengaja melakukan sesuatu yg akn membuatkan insan lain berkecil hati,walau saya selalu berharap agar langkah saya tidak rapuh,tapi siapalah saya utk mengawal dan bertindak atas hukum Allah.saya bersyukur pada Allah bila saya sedih sbb,sy akan rasa lebih tenang dan lega walaupun ada yg memandg kesedihan sbg satu 'kebodohan', saya bersyukur kerana saya masih diuji dan menjadi antara perhatian Allah,jikalau sy tak sdih mana mungkin sy dpt tahu akn kekurangan diri dan sbgnya.

penutup yang pasti tahun ini dan kedatangan yg abadi akn tdg bakal menjelma.
saya menanti dgn hati yg terbuka dan redha atas setiap sesuatu.


mohon maaf atas setiap keterlanjuran kata,kepincangan bahasa juga kekurangan dalam menyatakan rasa,saya juga ingin mengingatkn yg saya bukan dari kalangan pakar bahasa atau ahli sastera,jadi mohon maaf jika tersilap berkata2.

semoga kita sentiasa dikasehi Allah.amin.
selamat meninggalkan bulan november,selamat datang disember!




No comments:

Post a Comment