jemput jadi kawan =)

Monday, November 22, 2010

sejarah terlakar-konvo

salam
alhamdulillah kepada Allah,sesungguhnya tanpa izin Allah aku takkan dapat merasai jauh sekali menikmati keindahan dan nikmatnya kehidupan yang sebentar ini.

tadi usai sudah hari paling bersejarah dalam kamus hidup saya bila mana saya dengan rasminya telah bergelar graduan ijazah diploma seni reka grafik,syukur alhamdulillah...nak tau tak,sangat2 teruja tadi,tapi di entry kali ni saya cuma cerita sedikit memandangkan tak punya waktu yang cukup selain saya sendiri masih tak berkesempatan nak share gambar dgn kamu semua lagi.

hanya Tuhan yang MAHA MENGETAHUI macam mana perasaan saya ketika dan saat itu.subhanallah,masyaAllah,Allahuakhbar!saya rasa sebak yang susah nak digambarkan...berkat kesungguhan dan kegigihan saya yang tak bertepi akhirnya Allah kurniakan saya imbuhan yang sangat indah bila saya dan seluruh pelajar yang mengambil ijazah masing2 pada tahun ini....sujud syukur aku kepadaMU YA ALLAH.

saya tak tau nak cakap apa lagi yang pasti momen iti terlalu indah dan hebat...keluarga saya yang bersusah payah demi masa depan saya yang gemilang,kawan2 yang sentiasa saling memberi support pada saya juga pada semua yang mendoakan kebaikan dan kesejahteraan saya.alhamdulillah terima kasih.hanya ALLAH saja yang dpt membalas jasa kalian.

jangan risau,pada teman2 unisel ana kan upload gambar dan insyaAllah ana akan buat entry khas konvokesyen ke-5 pada waktu akan dtg dlm waktu terdekat,ana jugak akan berkongsi cerita dan kenangan sebelum,sewaktu dan sesudah hampir menghabiskan pengajian di unisel...

rakan2 blogger,terima kasih kerana rajin layan ini blog.terima kaseh.
terharu dengan kebaikan kamu semua,kawan2 yang aktif berbelog,jangan lupa berkongsi cerita menarik.

KONVOKESYEN KE-5 UNISEL-BESTARI JAYA,BATANG BERJUNTAI SELANGOR.

tahniah pada semua graduan bagi:
-ijazah diploma
-ijazah sarjana muda
-ijazah sarjana

JUGA semua yang bersusah payah bagi even yang sgt besar dan hebat itu...

2 comments: