jemput jadi kawan =)

Wednesday, December 15, 2010

menilai.

mukaddimah

kehidupan singkat tak bermakna kita perlu berbuat apa yang kita mahu atau yang dituntut saja.kehidupan sendiri punya definisi penuh dan punya makna tersirat dan tersurat.erti kata lain,jangan mudah dan suka-suka menilai setiap sesuatu itu.amaran dan peringatan buat diri sendiri terutamanya.jangan menilai orang dengan mudah tanpa usul periksa...


keadaan zaman dan kemodenan yang begitu pesat sekarang betul-betul membawa kita ke satu alaf baru yang begitu menuntut kita supaya berdaya saing tanpa had.tapi apa betul yang kita perlu bersaing hingga terhapus nilai-nilai kehidupan yang mana adat budaya kesopanan sudah jauh tertinggal ke belakang...'boleh jalan' dengan kemodenan tanpa batasan itu kalau manusia sendiri sudah jauh tersasar dengan etika ketimuran.

tak payah sentuh budaya barat sebab bukan salah mereka yang membawa unsur-unsur 'kebaratan',tapi lihat siapa yang terhegeh-hegeh dengan budaya dan adat mereka...siapa?bukan kita ke?

menilai.dan terus menilai orang lain.
secara liberalnya saya tak mahu sentuh sensitiviti individu tapi saya perjelaskan di sini,saya bercakap dari apa yang saya lihat dan saya alami di sekeliling saya.fakta!berjalan disegenap lurah dan jalan milik Allah yang indah betul2 buat saya mengerti yang manusia mudah terpengaruh dan senang menilai orang lain.masing2 nyaring dan berani bersuara tapi tak berani melangkah walau setapak untuk perbaiki mana yang kurang.

ramai manusia yang cukup suka menilai orang dan selalu melihat dari paras rupa semata.dan tidak keterlaluan andai saya katakan yang 'bertapa kemodenan' sekarang betul2 sangat mempengaruhi karakter seseorang untuk melihat 'kecantikan' itu sebagai satu 'aset' atau 'tiket' atau juga 'syarat' utama untuk maju dan lebih maju kehadapan.jadi macam mana dengan insan yang punya paras rupa sederhana,kurang menarik maksud saya.

pergilah manapun,memang paras rupa jadi ukuran.masuklah apapun,kalau kurang menarik atau lebih senang saya katakan 'tak cantik/tak kacak' mesti harapan amat tipis.ya.saya cakap bukan sembarangan.kalau 10- 15 tahun yang lepas mungkin orang tak berapa nak heran pasal paras rupa asalkan kerja boleh buat,ada bakat la senang cakap.tapi tidak sekarang.sekarang terlalu banyak persaingan disamping permintaan pasaran yang sangat menitik beratkan kecantikan paras rupa.kalau sedar diri tak cantik,buruk rupa,gemuk,hitam,hidung kembang,gigi tungging langgang,jerawat penuh muka,apa2 sajalah sila 'sedar diri'...haa,ini kata manusia2 durjana yang sangat mementingkan keindahan paras semata.yelah,memang rupa tu penting,bukan ke nak jumpe klien nanti,nak tarik oranglah konon,supaya mudah terpikat apa bagai kann.....heyy,memang ada tau manusia2 macam gini.walaupun cuma pergi shoping mall kalau yang agak 'buruk rupa' semua orang tak hengen pandang.'pergi beli nasi lemak kat tepi jalan pun kalau yang menjualnya adik manis,sumpah berderet2 abang2 gatal tahap gaban singgah nak beli tau.takpun kalau yang berniaga tu si lelaki tak kesahla lingkingan umur berapa n yang nak beli tu ada dua jenis gadis.satu-gemuk,agak tak lawa,hah.nasibla kau,sejam menunggu.gadis kedua-cun macam agnes monica,muka putih gebu,pinggang lagi kecik dari kerengga,dagu lekuk.hah! 'ok dik,adik nak nasi lemak berapa bungkus dik,3 minit siap!-kata abang jual nasi lemak yang 'gatai dan bajet nak ngorat itu awek'...

dan harus diingat yang orang akan memanggil seseorang yang agak tak lawa dan bertubuh comel macam hypo biasanya dengan panggilan 'ye kak,ye cik'...walhal budak tu baru skolah darjah enam.wajah manis cuma agak montel.apa ke 'bengap' nya orang tu tak boleh beza muka dan lihatla sikit cara budak tu.nampak sangat itu budak berperwatakkan budak2.haishhh.tulah kan....manusia antara manusia dan manusia sesama manusia.

setuju tak kalau saya cakap------>

kurus+ramping+gebu+ tapi tak pandai=mudah dapat layanan baik dan mudah dapat kerja serta senang maju kedepan tanpa susah payah belajar.

kurang menarik+tak gebu+sederhana+atau mungkin badan montel=kirim salam kau nak senang dapat perhatian!,pergi temuduga orang akan layan ala kadar,susah dapat keja,ditindas sekejam yang mungkin oleh manusia2 yang amat mementingkan paras rupa.




TAPI-

bukanlah semua atau seluruh umat manusia yang sebegitu.tidak....bukan semua.cuma payah nak jumpa manusia yang baik hati,bertoleransi dan tidak mengutamakan kecantikkan semata dari bakat.bukanke Allah yang menciptakan kita.kalau kita mengeji orang lain kerana fizikal atau kekurangan dia,bukanke kita dah perkecilkan dan mengeji ciptaan Allah.bukanke ciptaan Allah itu sebaik2 kejadian.kenapa ya orang hanya tahu nak obses dengan kecantikkan tapi tak obses dengan hukum hakam Allah,TAHU TAK yang hidup ni ada karmanya.kalau asyik mengata orang itu ini,takpayah tunggu akhirat kelak di dunia Allah bayar cash aja pada kita kalau asik menilai orang aja.sedarlah yang kita semua sama dimata Allah,sama saja disisi Allah.Ynag membezakan kita semua adalah amalan dan ibadat kita sewaktu di dunia.jadi kenapa ya saya lihat disekeliling saya semuanya obses dengan 'PARAS RUPA' semetara pinjaman Allah.

menghakimi dan menilai sudah seperti sebati dengan manusia.siapalah kita untuk berbuat demikian.betulkan diri dulu.

sekian,wallahualam.

kata penulis,
-ragam manusia tanpa batasan yang adakalanya memakan diri seseorang itu sendiri.

No comments:

Post a Comment