jemput jadi kawan =)

Friday, December 10, 2010

tentukan.

mukaddimah,

andai masa dapat saya putar atau undur mungkin juga mula kembali episod yang bernama kehidupan,pasti saya nak betulkan yang mana buruk menjadi baik,yang baik saya muliakan lagi dengan hati,jiwa,kelaku dan perasaan yang diredhai Allah.

saya menulis bukan kerana saya tahu menulis...oh tidak.saya hanya perasan nak jadi macam A.SAMAD SAID,tapi jauh panggang dari api.saya penulis 'picisan' yang serba kekurangan.kadang2 ni,kalau menulis saya terfikir dua perkara.satu-ada ke orang 'hengen' nak baca blog.bermakna saya tak perlu gusar dan ragu untuk berkata2 asal masih dilandasan yang benar insyaAllah,sbb orang takkan ambil 'pot',tapi yeke?
dua-haishhh,kalau orang baca mesti dia ketawa,takpun meluat dengan isi dan intipati blog saya...memangla kalau diperhatikan setiap blog mesti ada kata2 spt ini 'HAK MILIK SEPENUHNYA SI BLA2, atau 'INI BLOG AKU,SO AKU PUNYA PASAL NAK TULIS APE,KO DULI APE?'.-sampai begitu sekali.dan macam2 lagila kan...

kebelakangan ni,saya kerap 'jalan2 di blog orang2 yang pada hemat saya memang bukan calang2 orang,ada sebahagian saya memang kenal disebabkan status mereka.siapa dan orang yang mana itu tak perlu tahu...cukup saya berkongsi apa yang saya nak beritakan...

begini,biasanyakan,kita kalau tengok orang mesti kita cepat2 buat kesimpulan dia itu dan ini.macam juga saya,tapi tak pulak saya menghakimi orang itu sepenuhnya melalui fizikal dia,atau status dia.'agak-agak2' la kan....

saya kenal dan tahu siapa dia,melalui penulisan dan kredibilitinya memang takdapat ditepis gugat...cuma,sedikit konklusi telah saya 'bulatkan' di otak saya ialah,kenapa mesti dia menulis dengan mengata orang lain? kenapa dia menulis hampir2 menjatuhkan maruah orang lain? dan seperkara lagi,tak taulah kebetula atau memang dalam kalangan si bijak pandai ni,mereka memang galak mengata orang...subhanallah.nauzubillah....punyalah akal yang tak yg ternilai Allah kurniakan pada setiap umat nabi Muhammad,kenapalah mesti nak menegur orang dengan cara yang mengaibkan.-pada sidang pembaca yangdikasihi Allah,terutama yang punya blog,menulislah dengan kata2 yang indah lagi bermakna,bukan nak menasehat atau berlagak tahu tentang semua perkara tapi 'agak-agak la' nak cakap tu....

tambah2 kalau yang kita cakap tu bukan sembarangan orang...walupun di 'sana' nanti dosa dan pahala hanya Allah yg layak tentukan tapi saya sebagai insan yang mungkin tertulis di kalam Allah utk menyeru semua teman sahabat2 dan dan siapa2 sahaja,berkatalah mengikut syariat yg betul...saya pun taklah sebaik mana yang langsung tak cakap 'marah2 ni,' tapi kenapa mesti menggunakan 'BLOG' sbg medium menghentam orang lain...bukan ke ada contoh sudah2,kerana penulisan blog,pernbah ada yang dihukum.

sejuta kali nak kutuk pun,kalau orang tu tak dikenali tak apa jugak(bukan menggalakkan),ini dah tentu2 kita kenal.mungkin kerana yang menulis tersebut org yg bukan calang2 maka dia berani menghentam org yg juga bukan calang2.tapi sy lihat yg dihentam lagi bukan calang2...tak apelah,calang2 ke tak,hanya Allah Yang Maha Tahu.

dan,ada juga terdapat si penulis yang mehamburkan kata2 krang senang saya kira,semuanya kerana perbezaan pendapat dan fahaman politik...Allahuakhbar,perkenankanlah doa2 hambaMU yang mohon agar semua umat islam bersatu keranaMU,bukan kerana mengejar status,kekayaan,dan kuasa yang sebentar cuma...penat aje bertikam lidah baik luaran atau cara dalaman,yang pasti blog bukan medium terbaik sambil menghentam masing2...

saya budak yang hingus nya tak kering2 ni,amat2lah berharap supaya,pegangan politik apapun kalian,janganlah rosakkan hubungan kita kerana itu...lebih2 lagi pada yang beragama islam.Islam ITU AGAMA yang SYUMUL,indah dan tiada paksaan...kenapa mesti porkperandakannya dengan idealism dan mentalitism yang tak ada berpenghujung...


wallahualam.


**semua orang tidak sempurna.tapi itu bukan tiket untuk membuat kesalahan yang 'BODOH'.

No comments:

Post a Comment