jemput jadi kawan =)

Sunday, January 9, 2011

cinta buta.cinta sejati.


gambar ni saya ambil di perkampungan nelayan area kampung sungai tiram,di negeri saya-perak darul ridzuan.
terasa indah dan hebatnya nikmat kebesaran Allah,
CINTAILAH alam,cintailah keranaNya,insyaAllah,
cinta sejati lahir dari cinta hakiki pada YANG MAHA KUASA.
wallahualam,



salam.ketemu lagi.harap tidak bosan dengan entry saya kali ini dan yang lepas2.hee..nak buat kerja tadi tapi stuck pulak bila sesi nak burn cd dan apa bagai,lastnya saya pergilah menonton tv,channel103,wah cerita dia,saya tak tengok dari awal,tapikan ceritanya lebih kurang pasal cinta seorang lelaki buta dan perempuan yang gedebab.entah,gedebab tu domok agaknya....macam2 ya gelaran untuk si 'besar' ni.hihi.lantaklah.bukan urusan saya selagi tak mengganggu ketenteraman awam.hahahah...dan sesiapa yang nak kutuk2 orang tu,fikirlah masak2 dulu...nak kutuk saya tak ape,syukur.dapat pahal percuma.weweeee

tapi jelas sekali pada cerita tadi akan dunia realiti akan reaksi pesimis dan jumud orang2 kita pada orang yang gemuk baik lelaki atau perempuan.macam tu ke?janganlah.optimislah der...apehal nak kata2 orang kan...tapi pasal cerita tadi dia taklah mengutuk si besar,cuma nak tunjukkan yang cinta itu kononnya tak kenal erti rupa paras.yang penting hati yang tulus ikhlas dan kejujuran lah macam tu...kalau bunyi agak pelik maaf ya,saya memang tak berapa cekap kalau nak hurai pasal cinta antara manusia sama ada lelaki cinta perempuan atau sebaliknya...tak arif.nanti kalau dah gatai2 mungkin baru tau nak story...weweee.....

wahhh,yang kelakarnya si lelaki bila dah boleh melihat selepas operation mata,still suka gadis gedebab tu...ok,disitulah terletaknya sedikit kebagusan pada pemikiran dan pembawakan si pengarah utk mengolah cerita yang mana,tak kiralah apa jugak personaliti dan pembawakan diri seseorang,yang pasti cinta suci yang dikurniakan Allah itu milik semua.dan sesiapa yang memiliki cinta sejati adlah orang2 yang terpilih dan sangat istimewa...kerana cinta sejati lahir dari cinta seseorang itu kepada YANG MAHA ESA,maka lahirlah cinta kepada manusia se'lawan' jantinanya.baik lelaki atau perempuan...jadi kalau nak berchenta,jangan memilih yang merapu2....maksud saya janganla nak materialistik sgt,palih rupa sgt n ape2 aje yg tak berapa nak patut,

nak ulas sangat taklah arif mana,tapi saya share sedikit pengetahuan yang dikurnia Allah ini,kepada yang belum pernah bercinta,bakal bercinta,sedang mencari cinta atau sedang berchinta cinta....baca dan fahami seterusnya muhasabah diri sebelum memikirkan kesempurnaan pada orang lain untuk mengharapkan cinta yang sejati dan dirahmati...


saya bercakap menjurus kepada si perempuan(gadis),
lazimnya siapa yang taknak cinta sempurna dan hebat bak mana2 saja hero heroin yang selalu dijadikan contoh cinta sejati.tapi apakah sebenarnya sejati?dan cukup sejatikah diri kita? ape tu?sejati?...disini bermula akan 'sejati' yang diharapkan....

tak salah nak impikan yang hebat dan menenangkan hati dalam mencari pasangan,carilah,pilihlah,terokalah,tapi apa guna semua itu kalau kita sendiri belum pasti apa yang diharapkan dalam hubungan,sekarang kalau nak berpasangan mesti ranggi,kacak,kaya,kereta besar,duit sentiasa ada tak putus2,mahukan lelaki yang boleh memenuhi segala keinginan,janganlah macam tu kalau kita sendiri tak berapa nak lengkap packagenya.dahtu kalau nampak yang gemuk2,hitam,hidung pesak gantung,badan macam anak dinasour apa bagai dan2 cakap,rrrrr,'memang tak la kannn nak jadi laki aku,tapi kalau kaya aku ok aje...'yeeee,ade....jangan kata takda orang macam ni...ade...kalau dah nama manusia memanglah macam macam...haishh...
apa kata,ubah mindset(ayat ainil) kita,siapapun dia(bakal pasangan),apapun rupa,atau sebanyak mana harta kekayaan dia,redhalah kita menerima asalkan ciri2 pasangan itu mempunyai sekurang ade ciri yang ditetap/anjurkan dalam islam...kan ke maneh kalau ape aje yang kita buat,kita mesti balik ke puncuk pangkal ugama kita...dahtu,solatlah istikharah,buatlah semampu yang mungkin,kan ke dasyat kalau kita betul2 gunakan saluran yang betul dalam mencari pasangan....

saya bukan bertazkirah ya,jauh sekali nak motivasi orang,tak cukup ilmu didada dan dijiwa.apa yang diperkatakan setakat kemampuan akal dan paras pengetahuan yang ada aja..mana2 yang kurang maafkan saya...

jangan lekas berkata tidak pada yang kita sendiri tidak tahu.cukuplah berdoa yang baik2,berusaha,bertawakal dan pasrahlah apapun keputusannya.

'mencintai setulus hati dan menikmati cinta sejati.masyaALLAH,anugerah terindah milik ALLAH TA'ALA,gunakan,hayati,hargai...' -anakefli.

tulisan sepenuhnya oleh saya,sama jugak yang lepas2,tapi entry yang ni macam ala2 jiwang bak kata anak2 muda,jangan kata saya jiwang ya...hadehhh,geli.sebab saya tak jiwang tu ape.hahhaha.chill....

2 comments:

  1. cantiknya anugerah tuhan..
    sye xpena tngok gmbar mcm nie..

    ReplyDelete
  2. terima kaseh ya amanina,
    betul tu,cantik kan anugerah Tuhan,
    dan kalau ank tau,byk saya shoot scenery mcm ni,blh dijadikan terapi diri,cuma kat sini sekeping aje berkesempatan nak letak...hihi

    apapun terima kaseh ya singgah blog saya =)

    ReplyDelete