jemput jadi kawan =)

Wednesday, February 16, 2011

kepergiannya aku pasrah...

Setelah pemergian atuk…

''Bagai udara tanpa angin,umpama burung tanpa sayap,seperti sepi yang tiada penghujung,dan sebenarnya semua tu belum cukup untuk menggambarkan kepiluan hati,subhanallah…pedih dan terlalu berat untuk aku hadapi…Allahuakhbar..dan kekesalan yang bermaharajalela dijiwa sungguh tenat untuk aku tangguni,bebanan kekecewaan juga buat aku seolah-olah rasa diri begitu tidak menghargai apa yang Allah kurnia dan berikan buat aku…tak pernah sebegini sedih,dan tak pernah sebegini merintih rasa dijiwa,benak hati juga tak berhenti menyalahkan jiwa,andai dapat aku putarkan masa,aku pasti akan lebih menghargai nikmat hidup.Tapi semua tu angan yang takkan menjadi kenyataan kerana setiap yang berlaku ada sebab musabab dan hikmah terhebat yang tersembunyi…

Dan harini genap empat hari pemergian atuk,atuk pergi tanpa sempat aku mengucup dan mencium tangannya..atuk pergi tanpa meninggalkan kata dan pesan untuk aku...serasa betapa aku tidak beruntung kerana tak berpeluang untuk bersama sama atuk di saat saat akhir dia bakal meninggalkan aku,ayah,emak dan seluruh ahli keluarga besar kami…subhanallah…aku terlalu lemah dan berat hati menerima semua ni ya Allah…ampuni aku ya Allah…entah kenapa rasa betul betul dihati terlalu merintih…terasa baru kejap tadi aku makan dan bersembang dengan atuk,terasa baru semalam aku pergi ke hospital menemani atuk untuk mendapatkan rawatan…ya Allah…di saat dan ketika aku melihat yang bahagia itu milik aku,tetapi aku lupa rupanya yang bahawasanya semua yang ada di alam fana ini adalah milik ENGKAU YA ALLAH….dan sesunggguhnya hanya ENGKAULAH YANG BERHAK ke atas setiap yang berlaku didunia ini,segalanya berlaku bila ENGKAU mengatakan QUN FA YA QUN…maka jadilah ia…subhanallah….

Sebenarnya hati sungguh berat,jiwa terlalu lemah,perasaan begitu pilu,tapi aku perlu cepat2 sedar yang pemergian atuk itu sebenarnya adalah perjanjian atuk dengan YANG MAHA ESA,setiap yang bernyawa pasti mati,hakikat…semua itu pasti berlaku pasa setiap yang hidup.dan aku seharusnya menerima setiap yang berlaku dengan hati yang terbuka,ikhlas dan redha serta pasrah atas ujian Allah.

Ya Allah,walau berat hati,aku rela akan ‘kepergian’ atuk….Cuma ingin sekali aku berkongsi disini…Allahuakhbar…setiap airmata yang menitis dipipi ini,takkan aku lupa untuk mengirim doa untuk atuk disana…ya Allah,tempatkanlah atukku dikalangan orang2 yang beriman,lapangkanlah kubur atukku,janganlah KAU azab dia ya Allah….cucurilah rahmat ke atas atukku…Al-Fatihah…

Sebenarnya aku tak pernah lupa akan budi baik dan kasih sayang yang atuk curahkan pada aku.dan bukan pada aku seorang…yang pastinya pada sesiapa yang mengenali atuk,pasti mereka akan cakap atuk seorang yang pemurah,pengasih dan terlalu baik…dan itulah sifat utama atuk..jiwa pengasih dan penyayang dia adalah ubat yang istimewa untuk kami semua.dia terlalu istimewa dan berharga dihati aku…ingat lagi antara orang2 yang sempat berbual dengan salah seorang ahli keluarga aku ‘bolehdikatakan pakmat(panggilan ringkas nama atuk,) ni seluruh bagan dato’ semua kenal dia,dari kecik dia memang disenangi semua orang,dia ni memang pemurah,kenal ke tak kenal ke mesti dia akan bersedekah,dan pernah dalam kocek dia hanya cuma ada rm 20sen,tapi dia tetap bagi dekat seorang hamba Allah ni rm15sen.(sewaktu zaman remaja ikutkan tahun cerita)…dan atuk memang dikenali dek kerana sifat pemurah dan penyayangnya…dan tidak keterlaluan kalau saya katakan yang siapa saja yang kenal atau baru berjumpa dengan atuk,atuk pasti hulurkan sejumlah duit,walaupun bukanlah sebesar mana,terlalu pemurah,begitu lembut hati dan tak tahu nak marah orang,jauh sekali merungut yang tidak tidak pasal orang lain…

Dan hari ini,tiada lagi senyum mesra atuk juga gurau senda antara dia dan saya.tiada lagi kedengaran suara dia menasihati dan mengajar saya tentang ilmu agama.tiada lagi sembang tentang kehidupan dengan dia,tiada lagi teman bicara yang terlalu baik hati seperti dia…tiada lagi insane yang memahami saya selain ibu ayah dan adik beradik…atuk telah pergi jauh meninggalkan saya…andai atuk tahu yang orang terasa begitu lemah tuk….terasa jiwa resah gelisah kerana kehilangan insan istimewa yang pernah melindungi menyayangi dan menghargai orang tuk…atuk pergi tika saat orang memerlukan sepenuh kekuatan semangat dan kasih saying yang takberbelahbagi…andainya atuk tahu,atuk selalu buat orang selesa dan yakin yang kehidupan ini sebenarnya begitu indah untuk dijalani dan kita sebagai manusia seharusnya menghargai masa yang ada..dan benarlah kata atuk,hidup perlu dihargai…tetapi adakala orang alpa yang kehidupan tu suntuk,dan selalu orang lupa menjalaninya dengan rasa yang ikhlas dan tulus…benarlah yang kita memang perlu menghargai orang disekeliling kita,tapi orang selalu terlupa dan kurang memberi perhatian sepenuhnya pada insan2 tersayang.insan2 yg banyak berkorban…andainya atuk tahu,orang terlalu sunyi,sepi…pilunya hati menanggung beban kerinduan,yang hanya tinggal Cuma doa yang tiada berbelah bagi demi atuk…dan atuk,orang takkan lupa jasa budi baik atuk,takkan orang lupa yang kita pernah menjadi kawan baik,terlalu baik,atuk pergi tinggalkan orang dalam waktu orang mencari2 dimana letaknya diri orang,atuk pergi sewaktu orang masih mencari2 tujuan sebenar kehidupan…dan sesungguhnya kerindua orang pada atuk hanya dapat dikurangi denagn curahan doa buat atukdan kita takkan dapat berjumpa lagi didunia ini…Allahuakbar…kenapa atuk pergi meninggalkan orang tuk?kenapa….?kenapa tiada sebarang pesan dan ‘nota’ untuk orang tuk…ya Tuhan kuatkan semangatku Ya Allah…dan atuk telah memungkiri janji untuk lihat orang lebih berjaya pada masa akan dating,atuk tipu…atuk tipu…atuk dah tak ada…atuk dah pergi jauh….atuk tipu….atuk dah pergi jauh…tempat yang sangat jauh….dan kita takkan berjumpa lagi….

Tetapkanlah Imanku Ya Allah….janganlah aku tersasar jauh…ampuni khilaf dan silapku ya Allah… semoga zikirku menjadi peneman dan sahabat setiaku,semoga solatku menjadikan aku kuat dan tabah ya Allah…kuatkan aku yaAllah…tenanglah atuk disana…..subhanallah….

Betapa sedih dan pilunya hati akanku perjuan dan teruskan kehidupan….sesungguhnya aku mengharapkan agar ada hikmah dan rahmat disebalik ujian yang Allah hujani buat aku dan keluarga…

terlalu banyak kenangan indah dan terlalu istimewa atuk tinggalkan untuk aku,terasa seperti dia masih ada dan sentiasa ada untuk menemani disaat dan ketika aku suka atau sedih,dan kepergian atuk juga diiringi hujan,curahan hujan seperti tahu dan sama2 menangisi dan merelakan akan pemergian atuk,walaupun pemergian itu bukan sesuatu yang besifat sementara tetapi sebagaimana mengalirnya air hujan itu,seperti itulah juga menunjukkan betapa hati aku juga sedih melepaskan atuk pergi...dan kini aku tiada lagi sahabat sejati bernama 'atuk'...aku pasrah ya Allah...inilah kasih dari cucu buat atuk...tiada lagi panggilan atuk,rasminya aku tiada lagi kasih dari dia,hanya memori menjadi pengubat rindu aku terhadap atuk....pergilah atuk...aku relakan pemergianmu walau berat hati memikul dan berat mata melihat kepergian mu...Allahuakhbar,Allahuakhbar...''

rindukan dia,sayangi dia,rindu yang sebaiknya hanya pada yang MAHA ESA,hanya kasih kepadanya yang akan kekal...wallauhualam.

dikesempatan ini,dengan rendah hati saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih buat semua yang hadir dan datang menziarahi hari pengebumian atuk,baik ahli keluarga terdekat,kaum kerabat,suku sakat,saudara mara,sahabat handai,teman2,kawan2,orang kampung lekir dan sekutunya,orang kampung bagan dato seluruhnya dan semua yang hadir serta bermurah hati menitipkan doa buat si arwah iaitu atuk saya MOHAMAD HAJI SALLEH yang telah selamat dikebumikan tanggal 13haribulan02tahun 2011 bersamaan 10rabiulawal1432H iaitu pada hari ahad.

hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa budi baik kalian,semoga Allah mengqabulkan doa kita.amin...mohon pada sesiapa yang mengenali andai pernah si arwah membuat silap dan seumpamanya harap dimaafkan,dan marilah kita mendoakan yang sebaiknya buat si arwah...AL FATIHAH...


-harini ini baru saya sedar mana satu teman,sahabat dan kawan...di saat saya begini masih ada teman yang sudi memberi semangat kekuatan dan kata2 perjuangan,dan di saat ini juga saya melihat bukan semua kawan yang tulus menghargai tali persahabatan,kerana bukan semua bersama dikala saya sedang sedih dan pilu manjalani ujian dan hakikat kehidupan...inilah realiti yang manusia itu terlalu mudah untuk berkawan tetapi lupa nilai persahabatn sebenar...terima kasih sangat2 pada teman2 yang taklupa menziarahi dan memberi semangat,saya terlalu menghargai..hanya Allah dapat membalasa jasamu...

'tiada kawan yang baik melainkan dia bersama kita saat susah dan senang'

No comments:

Post a Comment