jemput jadi kawan =)

Friday, February 11, 2011

kita tak tahu.jangan bongkak.

salam.releven atau tidak tajuk di atas terpulang untuk kalian yg bijak pandai menilai dan melihat dari sudut kaca mata hati atau pemikiran yang logik.

terpukul dan terkesan dijiwa setelah pergi menziarahi seorang teman.teman tersebut juga seorg teman lama sekolah menengah dulu.alhamdulillah...alhamdulillah pada Allah kerana memberi kesempatan dan ruang kepada saya untuk menziarahi dia.alhamdulillah.

alhamdulillah jugak kerana seingat saya,selain saya sendiri pernah mengalami sakit,saya jugak sering dikelilingi orang yang sakit.dilanda sakit,sedang sakit dan mula sakit2...biar saya lihat dan akur akan hukum karma alam dan ujian Allah itu pasti akan hadir tanpa kita tahu bila,dimana,dan seumpamanya...jangan saya bongkak alpa lupa sombong diri akan fitrah alam...dasarnya kita sendiri dari tanah lumpur entah dari mana bukan?dan sebelum meneruskan pembacaan,harap pembaca budiman tidak menilai siapa saya dan kata kata saya.cukup membaca dan meneliti kenapa dan apa isi yang mahu saya sampaikan...

Allah itu selalu saya lupa,saya suka2 hati buat silap dalam luar sedar...tengok??
saya tak minat nak cakap buruk orang,saya jugak tak kebulur nak cerita buruk sendiri atau buka pekung.sekurang2nya saya ikhlas dan jujur bila bercakap tak putar belit...lebih baik saya menunjuk diri sendiri dari sibuk menuding org itu ini tak betul!!!!!!

saya betul2 terkesan dan hiba yang hanya SI PENCIPTA sahaja YANG MAHA TAHU....tadi alhamdulillah saya sempat menzirahi dia setelah dapat tahu dia telah pulang ke rumah,tapi hati terlalu sebak dan membuatkan saya menitis airmata bila melihat seorang yang begitu periang,mulut bising,aktif,itu ini bertukar sakit...dia bukan terlantar,dia bukan nazak,dia bukan tak boleh berjalan atau seumpamanya...tapi kuasa TUHAN...saya sendiri susah nak cakap...menurut si ibu,dan penjaganya yg lain adakal dia boleh bertutur spt biasa,adakala dia berselera,tersenyum,berjalan dgn baik,tapi....ada masa dia kaku.sakit apekah itu?

tak perlu soal sakit apa,lagi pulak sakit ni dah tak kira sakit kampung,bandar atau apa,tapi yang penting sekarang kita usaha sama2,berdoa,usaha sebaik mungkin semampu mungkin dan sedaya upaya supaya dia kembali pulih....dan yang terbaik...tawakkallah kepada MAHA ESA.hanya Allah sahaja yg dapat membantu dan memberi petunjuk buat kita.

saya harap sangat supaya dalam keseronokkan dan keterujaan bergembira,bergelumang dgn apekejadah pun,tapi kembali dan berpijak pada paksi dan tujuan sebenar hidup ni...dan pesan ibu saya bahawasanya,hidup ini adalah demi mencari redha Allah....RUANG DAN KESEMPATAN yg sebentar ni,jalani sebaik mungkin...betapa kuat dan tabah menjadi penyokong untuk kita menjalani hidup...sesungguhnya sakit mati jodoh dan sbgnya semua itu milik Allah,rahsia Allah...

kun fa ya kun...bila Allah berkata ya,maka terjadilah ia...jika Allah mengkehendaki sesuatu maka berlakulah ia...wallauhualam...

KITA TAK TAHU...
bila sakit,
bila mati,
bila jodoh,
bila itu dan ini....

jadi jangan bongkak bercampur gaul dgn org2 yg berilmu dan jangan alpa akan dunia fatamorgana ni...dunia bukan destinasi,tapi syurga yang pasti.

2 comments:

  1. sedihnya baca pasal entri nie....
    ni mst pasal lin kan...
    hope dia cpt sembuh...
    teringin gak nak tgk dye....

    ReplyDelete
  2. cha....
    betul andaian cha....
    ana jadi entahla.....susah nak cakap...sebelum tengok keadaan dia,cuma dengar cakap org ana rasa mungkin dah ok dan semakin baik..ya mmg baik..tapi...hanya Allah YANG MAHA MENGETAHUI...

    memang cha,ana doakan dia lekas sembuh sehat spt sediakala...tak terucap dan tak terkata bila tgk dia mcm tu...kuasa Allah...taksiapa tahu yg dia akn diuji semacam itu,semoga Allah dgr doa kita,kabulkan doa kita...

    apapun,semua tu qada' Allah,dah ditentukan habuan utk kita masing2...semoga ada hikmah disebalik kejadian.

    takpe cha,takberkesempatan tapi kita masih boleh hadiahkan dia doa dan semangat..insyaAllah.

    ReplyDelete