jemput jadi kawan =)

Thursday, February 10, 2011

pekikkan rasa rimas

gambar sekadar menunjukkan saya rimas ramai kawan yang pelik.
saya seikhlasnya nak ramai kawan yang ikhlas kerana Allah.
buleh klik gambar n baca statement kat situ.



salam cool dari saya.hee
sebenarnya entry ni tak mengundang marah sesiapa,cuma menyatakan rasa semakin hari semakin lelah dengan sikap2 manusia merepek,angkuh,jelak,terlalu mendambakan kehidupan yang hebat dan tak kenal erti berkawan.bwekkk.

saya tak tuju sape2,tapi kalau saya tergolong dalam jenis macam tu wahai kawan2 silalah buang saya dari senarai kawan kamu.saya rimaslah.saya rimas.saya jugak tak suka bahasa2 pelik dan kasar2 ni,walaupun saya bukan malaikat,bukan orang yang baik tahap gaban,tapi memang saya tak selesa bila orang orang berkelakuan sikit punya pelik.saya kebelakangan ni beberapa kali dah remove beberapa hamba Allah yg pada hemat saya takperlu ada pada list teman saya,bukan memilih,tapi saya memerlukan kawan yang ikhlas,dalam setiap lembaran hidup saya KEIKHLASAN tu terlalu penting.sangat penting.saya suka orang add saya,nak kawan dgn saya,tapi nak kawan,kawanlah dengan berhemah,bukan saya harap layan saya macam puteri kayangan,heyy,tak layak pun.saya bukan siapa2.tapi bercakap,bersikap biar matang.usia kamu,siapa kamu,pangkat kamu,tu belakang kira....

sekali lagi,saya terpaksa cakap yang saya terlalu rimas dengan orang orang yang jelak.terpulanglah kamu nak fikir apa pun tentang saya.mudah2an saya mendapat teman2 baru yang ikhlas dan sejati. **harap sangat sambil senyum sipu sipu =)


p/s-kejadah add orang semata2 nak tau siapa org tu,n sebab org tu ada 'something bla bla bla...macam macam......

No comments:

Post a Comment