jemput jadi kawan =)

Monday, May 2, 2011

sekiranya kalau

dalam kehidupan itu perlu mengejar kesempurnaan atas dasar mahukan yang terbaik dan usaha sehabis baik.namun siapa kita untuk menolak takdir andai sempurna itu bukan selalu menjadi milik kita...



Salam Penghijrahan,selamat hari pekerja =)

dan sekiranya...
dan kalau....

kedua2nya sebenarnya tak jauh beza.andai sekiranya,andai kalau...sama bukan?

entah kenapa ya,adakalanya memang seseorang itu tak mampu untuk mengekspresikan perasaan mereka,jauh sekali pandai untuk berterus terang soal hati(entry ni takda kena mengena dengan percintaa atau perkahwinan)..dan andai diberi peluang sekalipun mereka ini sememangnya takkan mudah untuk meluahkan apa yang tersirat dihati.pada saya,itu juga satu kurniaan berharga buat seseorang,satu kelebihan mungkin,cuma adakalanya manusia yang tak pandai menunjukkan peraaan dan hati mereka adakalanya amat membebankan diri mereka sendiri.mungkin juga mereka akan mengalami tekanan.luarannya tampak baik2 aja,takda yang kurang,kita lihat mereka seolah2 takda masalah apatah lagi sibuk memikirkan mengenai hal2 yang memerlukan mereka get involved hal2 perasaan...itu cuma fizikalnya saja...namun rohaninya entah siapa yang tahu melainkan yang di atas sana,Allah s.w.t

sekiranya....dan sekiranya diberi pilihan untuk meluahkan saya juga memilih untuk tidak menjadi terlalu jujur...bukan bermakna saya tak berlaku jujur.cuma,saya selalu merasakan andai saya berterus terang dan terlalu 'jujur' mungkin saya akan melukakan dan membuatkan orang lain berjauh hati dengan saya...lebih2 lagi orang2 yang saya amat hormati dan sayangi.ya Tuhan,mudah2an aku diberi petunjuk dan hidayahMu Ya Allah,tak pernah terniat atau terlintas hanya kerana sikap dan perasaan sendiri akan menyebabkan orang2 disekeliling saya terluka...ya,dan saya tak mahu sesiapapun terluka demi saya.saya sendiri pasrah andai kiranya pada satu2 keadaan dimana andai perlu mungkin saya akn lebih telus mengenai perasaan.

saya menyayangi orang2 sekeiling saya melebihi perasaan kasih pada diri sendiri.ya kerana Allah saya menyayangi mereka...kerana nikmat dan kurniaan Allah yang tidak terhingga itu saya perlu bersyukur dan melihat kurniaan Allah itu perlu disayangi dan dihargai,Ya Tuhan Kau jadikanlah aku sebagai hambaMu yang tabah,tetapkan hatiku,tetapkanlah imanku...aku mohon Ya Allah.

menyayangi dan menghargai bukan hanya pada tutur dan bicara...dan sebenarnya saya diciptakan Allah sebagai hamba yang tak pandai langsung menunjukkan rasa kasih,rasa sayang dan seumpamanya...cuma alhamdulillah cinta dan kasih saya pada mereka berpaksikan cinta saya kepada Allah...walaupun tidak pandai menunjukkan itu semua,tapi saya cuba berusaha menunjukkan kasih pada mereka disekeliling saya melalui cara dan pedekatan yang sedikit berbeza dari orang lain,tak hebat,tak power...biarlah Yang Maha Kaya sahaja yang mengetahuinya...

sekiranya kalau...dan andainya jika saya pandai menunjukkan nilai2 cerminan kasih sayang itu,apatah lagi soal hati,betapa indahnya rencah hidup saya...namun itu semua bukan objektif saya,kerna saya akur dan percaya akn ketentuan dan takdir Allah.saya yakin dengan kuasa Allah.tak semestinya saya tiada kelebihan menunjukkan rasa hati bermakna saya gagal..tidak sama sekali... saya yakin yang Allah ada sebab untuk menjadikan saya sedemikian rupa,

saya bermohon pada Yang Maha Agung agar hati dan tindak tanduk saya sentiasa bersama Yang Maha Kuasa,sentiasa berjalan atas jalanNya,bersama dengan kasih sayangNya...walau saya bukan sempurna,walau saya bukan terbaik,tapi saya tahu Allah itu Maha Kaya,Maha Adil,Maha segala2nya...Allahuakhbar...

jadilah diri sendiri tanpa terlalu memikirkan kehendak dan kemahuan orang lain yang terlalu mengejar kesempurnaan yang berpaksikan dunia semata...walaupun payah dan sukar,saya yakin kita mampu menjalani arah yang diimpikan walau dalam kesusahan dan kesukaran.Allah itu sentiasa ada bersama orang2 yang sabar...Ya Allah jadikan aku hambaMu yang kuat menjalani kehidupan yang berliku dan penuh onakdan duri...

saya selalu memegang kata2,tanpa ujian dan cabaran mana mungkin kita akan menjalani perubahan ke arah kematangan dan kewibawaan....

p/s-ya Allah sesungguhnya aku ingin selalu menghargai mereka,namun aku mengharapkan bantuan dan pertolonganMu...Kau berkatilah setiap langkah perjalanan dan seluruh hidup orang2 disekelilingku...amin yaa robbul alamin.

No comments:

Post a Comment