jemput jadi kawan =)

Thursday, June 23, 2011

rezeki yang datang

salam...

saat2 sedang sibuk dengan segala kerja2 rumah,alhamdulillah saya terima panggilan yang membawa rezeki,mudah2an rezeki itu diberkati Allah,saya mohon supaya Allah tetapkan hati dan tenangkan jiwa saya walaupun hati ni melonjak2 gembira...dah macam kucenk dapat ikan ngelupo =)

sebenarnya saya seronok...
ini namanya rezeki tanpa disangka2..tapi apapun ini baru permulaan,dan sebelum itu adalah percubaan..setiap kejayaan itu perlu melalui macam2 halangan dan rintangan meskipun sukar...saya harap sangat Allah kurniakan saya kekuatan yang berlipatganda,dijauhkan dari kealpaan dan riak2 dunia..apapun saya akan cuba yang terbaik,dan hasilnya saya doa juga baik2 semuanya...

ya Allah tenangkan hati hambaMu ini,
setelah usaha dan berdoa yang terbaik,saya hanya pasrah dengan apa jua hasilnya nanti,sesungguhNya apa yang bakal saya terima segalanya adalah yang telah diputuskan dan ditakdirkan buat saya.saya redha dan percaya bahawa Allah Itu Maha Tahu,Allah Itu Maha Kaya,setiap yang berlaku punya hikmah dan nikmat yang akan hadir selepas itu...dan sebagai hambaNya jangan lekas mengeluh,terimalah apa sahaja dengan hati yang ikhlas...

baik atau tidak siapalah kita untuk memperkatakannya,

dan saya lebih tenang dengar suara mak tadi,ma doakan yang baik2 untuk kakcik ya,
saya tahu ma ayah tak pernah lupa doa untuk saya,berkatilah doa kami ya Allah,

p/s-jangan lupa dan jangan pernah lupa untuk mensyukuri atas setiap nikmat yang kita nikmati dan kecapi hingga saat ini, =)

2 comments:

  1. wish u all the best dear



    :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah terima kasih syu,
    ana doakan yang terbaik utk syu juga,

    mudah2an dilimpahi rahmat dari Allah =)

    ReplyDelete