jemput jadi kawan =)

Tuesday, June 28, 2011

banyak perkara yang berlaku

salam

dalam lebih seminggu ni saya banyak timba pengalaman yang saya sendiri tak terfikir berlaku dalam sekelip masa,bukan sekelip mata...hee...tapi sebenarnya bukan dalam seminggu ni aja,tetapi hari2.

cuma dalam seminggu ni,saya turun naik dari satu destinasi ke satu destinasi yang jauh,lebih jauh saya berjalan,lebih banyak saya timba ilmu dan pengalaman,terima kasih Tuhan.dan dalam cuma satu hari ajapun banyak yang terjadi dan berlaku.kadang2 kita sendiri tak sangkakan? misalnya rezeki yang datang bertimpa2,biasanya orang2 akan cakap ujian bertimpa2,tapi saya takmau cakap begitu.

lebih baik dan sebaiknya selalulah mengingati yang baik2...sekalipun memang ianya adalah satu beban dan ujian,tapi latihlah bibir,pertuturan dan kata2 untuk berkata2 dan berfikir yang baik2...dan alhamdulillah saya punya rezeki bertimpa2,melimpah ruah...

sekalipun hanya dengan sebungkus keropok ataupun sebiji gula2,itu rezeki bukan?
rezeki janganlah kita sempitkan fikiran dengan perkara2 yang besar2 dan hebat2 sahaja...segalanya yang sedang dinikmati adalah rezeki =)

nak saya kongsikan apa yang sedang saya lalui dan jalani sekarang saya rasa lebih baik saya nyatakan yang saya sedang menikmati rezeki2 yang sangat indah milik Allah yang dipinjamkan seketika untuk saya.jadi yang seketika itulah perlu dijalani dengan baik...begitulah saya,suka berkongsi tetapi perkongsian yang sederhana dan lebih pada perkongsian pengalaman dan huraian kata2 yang mana tau dapat mendewasakan kita kita.mudah2an =)

bukan apa,manusia itu memang sama.sama sebab selagi ia bernama manusia ia memang macam2..
macam2 ragam.tetapi hati kita berbeza.jadi kalau terlalu 'open' berkongsi sesuatu yang sedang dijalani saya bimbang dikata riak.saya juga tak mau dipandang 'eleh,mende tu pun nak bagitau'....hati dan mulut orang siapa tau kan?

orang2 ini,kalau dengar seseorang ditimpa musibah,orang2 akan kata 'haa,tula bla bla bla....
tapi kalau diberitakan yang kita kita sedang dalam kebahagiaan orang akan cakap pula 'eleh itu mesti bla bla bla....

manusia bukan?

dan inilah yang saya mahu kongsi.

perkongsian yang lebih kepada pengalaman yang bisa mendewasa dan mematangkan kita.insyaAllah =)

kita semua melalui hari2 yang mana 'banyak perkara yang berlaku'

sama ada baik atau sebaliknya,banyak2lah kita mengingati Allah,sesungguhnya setiap yang berlaku itu adalah dengan izin YANG MAHA ESA.

alhamdulillah rezeki.sekalipun hanya biasa dimata orang,tetapi dalam hati dan jiwa saya,ianya terlalu baik dan bernilai,kerana saya memang sedang menikmati bahagia milik Allah.terima kasih Tuhan.

p/s-tak sangka itu selalu jadi nyata =)

No comments:

Post a Comment