jemput jadi kawan =)

Monday, August 1, 2011

mohon maaf - SALAM RAMADHAN

SALAM

pertama sekali saya mahu mohon ampun dan maaf pada semua yang mengenali saya,berkawan,berteman dan bersahabat dengan saya serta seluruh yang membaca kolum ini.mohon ampun dari lubuk hati andai kiranya saya pernah terlebih dan seumpamanya dengan sesiapa saja,sesungguhnya yang buruk itu segalanya perbuatan saya dan yang indah itu adalah dari Allah Ta'ala.maafkan saya.

ya Tuhan,indahnya perasaan saya tatkala Allah memberi saya sekali lagi peluang untuk menjalani ibadah puasa di bulan yang amat mulia ini,bulan yang senantiasa dinanti2kan oleh seluruh umat nabi Muhammad.subhanallah Maha Suci Allah.Terima Kasih Tuhan.

alhamdulillah pada tahun ini,saya dapat menyambut hari pertama puasa bersama seluruh ahli keluarga,kebetulan semalam dirumah kedua orang tua saya pun ada buat sedikit kenduri,dan dapatlah kami sekeluarga meluangkan masa bersahur sama2 pagi tadi.alhamdulillah.

cuma,harini saya tak dapat hadir ke kelas atas sebab sakit yang tak disangka2,kalau ikutkan malam tadi lepas maghrib nak gagahkan juga balik kl,tapi batuk menjadi2,suara dah jadi macam apetah lagi...betul2 rasa masyaAllah,sayang betul sebab takdapat ke kelas harini,redholah wahai hati T_T

walaupun malam semalam memang letih yang amat,tapi tetap niat nak balik sebab isnin dah ada kelas,tapi itula....saya hanya mampu merancang,Allah yang mengizinkan...

pergi klinik malam tadi tapi saya tak ambil MC pun,lupa dan tak terfikir pun nak MC.sebab dah lelah dengan batuk2 balik dari klinik terus tertidur,tau2 ma kejut untuk sahur,ya Tuhan...lekasnya waktu berlalu.

mudah2an segalanya berjalan lancar,insyaAllah esok saya tetap akan ke kelas...ilmu sangat pening buat saya.ruginya dah tertingal satu kuliah =(

apapun,saya nak ucapkan sekali lagi selamat menyabut ramadhan ya kareem,
selamat berpuasa semua ya.


p/s-inysyaAllah ketemu lagi di lain entry. =)

No comments:

Post a Comment