jemput jadi kawan =)

Sunday, October 30, 2011

cepat masa berlalu

assalamua'laikum wtb.

dengan harapan kepada Pencipta agar setiap butir yang terluah dirahmati serta diberkati.mohon dijauhkan dari tipu daya dan kelalalain dunia semata.

lekas waktu berlalu.cepat.
tanggungjawab dan urusan duniawi serta ukhrawi masing2 berebut menyelesai dan menambah baik semua aspek.

bagaimana ya nak merawat hati yang mudah benar rapuh.ada waktu kalau asyik dengan berita gembira khuatir diri lalai.iyalah,manusia lekas tergoda dengan nafsu dunia semata.

janganlah hati ini berbolak balik.istiqamah itu penting.ya Allah pahatkan dalam diri ini supaya dalam rentas rahmat dan lembayung kasih sayangMu.

sungguh,dalam diri ini meskipun mahu mengejar kejayaan,selalu terlintas difikiran,'
ya Allah adakah Kau redha dengan setiap langkahku?'

adakah jalan yang aku pilih ini jalan yang sahih,jalan yang yang Engkau Tahu akan kebaikan dan keburukkannya...mohon ya Allah agar aku terus bertabah.ya bertabah!

memupuk diri untuk membentuk sifat2 sejati,sifat2 mahmudah ada waktu cukup sukar.berliku!
tidak mudah seperti dikata.lemah.oh Tuhan...aku merindui kasih sayangMu..aku meriduiMu Tuhan...

dalam diri masih terkapai2 mencari hala tuju hidup,risau hati lekas rapuh,memberontak umpama menunggu detik untuk meletus.oh Tuhan.ampuni aku,aku penuh khilaf dan dosa...janganlah aku diuji sebegini ya Allah...aku lemah...

tidak!!! ujian itukan ujian iman.

sabarlah wahati hati...

bila engkau kuatkan semangat,bulatkan hati,cekalkan jiwa dan utama percaya pada pada Ya Quddus,yakinlah setiap permintaanmu bakal jadi nyata.kini jalan itu ada,cari dan teruskan mencari...carilah dalam keredhaan Ya Karim,

Tuhan,andai ini jalannya hambaMu mohon dilipatgandakan kesabaran.tetapkan iman di dada.bertabah dan bertenang selalu.ameen.


p/s-syukur ya Allah.Engkau selalu ada buat hambaMu.


No comments:

Post a Comment