jemput jadi kawan =)

Tuesday, November 1, 2011

Sikap orang kita yang rakus!

assalamualaikum wbt.

pagi tadi alhamdulillah bersyukur pada Allah,saya selamat pergi dan balik dengan ma ayah ke hospital.cuma sedikit rasa kecewa dengan sikap orang-orang yang rakus memandu di atas jalan.perjalanan saya sangat sangat tenang,cool sebab bawa ma ayah,drive pun ala-ala berhemah(tapi sungguh saya memang memandu secara cool.itupun ayah duk cakap 'siap2 bagi signal n bla bla bla...)
dan,tiba di kawasan hospital,saya drive lagilah slow sebab nak cari parking,tapi sekali 'PONNNNN!'
umakk aih...tokojut den,apokono di tekan2 hon tu?

tapi kebetulan depan satu corner dah ada satu lot kosong,saya get ready nak masuk tu yang hamba Allah tu 'ponnnn' kat saya...masha Allah hu yarabbi...

sungguh,saya kurang gemo perempuan ke lelaki ke yang bawak kete lelaju macam depe aje ade kete!'
nak kejo duit ke nak 'pegi' tempah kubur sendiri?

adaka patut?
punyalahai...apa ke yang tak sabar sangat,apa yang nak kamu kejarkan pagi2 ni haaa?apa kata kalau kamu bagi saya park elok2 then kamu lalu lepas saya cantekk masuk parking...tapi punya RAKUS dia hon sambil muka tak puas hati...masha Allah.

saya tanya ayah, 'yah lelaki ke perempuan tu yah'?
'perempuan'

monolog dalam hati
'huh,agak dah...kalau perempuan memang begini...'

sungguh saya sempat tengok orang tu,sahih dia perempuan...kalau nak tau saya memang kecewa dengan sikap pemandu-pemandu dekat malaysia ni.terutama pemandu perempuan.

maaf cakaplah,
saya tak hairan kamu pakai kereta apa.brand luar negara.enjin dari jepun ke europe ke,walau dari malaysia sekalipun,kemonlahhh.....

memandu secara berhemah....
berbalik kes yang saya lalui ni haa,tak tahukah kamu HOSPITAL antara kawasan yang tidak dibenarkan membunyikan hon! tak tahu?

bagaimana dan mengapa JPJ lepaskan kamu memegang satu license yang mana ianya bukan LESEN untuk kamu menyelinap mengaruk-ngaruk atas jalan!mohon hati saya sabar.bukan mahu memburuk atau membangga dengan apa yang saya tlis disini,tapi saya yakin,kamu semua pasti ada pengalaman berkaitan 'pemanduan secara hyper gila' di atas jalan...kemonlah...

maaf maaf maaf...kebetulan atau hakikat wallahualam,
PEREMPUAN secara majorinya yang saya jumpa amat kalut memandu laju.amat kalut bila mahu sampai ke satu2 destinasi.amat berubah 'diri' mereka bila dapat pegang stering kete...tiba2 nak jadi maikel sumaker.tiba2 nak jadik alexyong.alahai...wahai cik akak,cik puan and sesiapa yang ada lesen nilah,terutama PEREMPUAN,kemonlah....jangan terburu2 memandu.dapat kepuasan infiniti ke kalau memandu macam 'hantu' atas jalan.... sedih sikap orang orang T_T

menyusah dan membikin susah selalu.mengapa?
perempuan lagi hebat dari lelaki sekarang.percayalah! -_-

harap sangat apa yang saya tulis,dan sesiapa yang terbaca atau melawat blog ini jika anda ada lesen,ada kereta atau anda juga sama2 menikmati nikmat bawa kereta,PLEASE lah! bawa kereta elok2.jalan raya bukan jalan kita seorang.bersabarlah ketika memandu.sebenarnya dalam apa juga yang kita lakukan dalam hidup ini perlukan kita bersabar,ya sabar.jangan kata susah nak bersabar,yang susah itu pemikiran kamu,diri kamu.pupuk diri supaya reti-reti dan rajin-rajin praktikkan nilai SABAR.

bukan aja soal si perempuan tadi yang tak sabar sabar nak lalu,dan gunakan kuasa tangan dia untuk bunyikan hon,tapi ada macam2 jenis tabiat yang 'kurang asam' lagi orang orang kita duk buat!entahla ya,manusia ini macam macam ragam dan sikapnya.sungguh.selagi bernama manusia sikap dan perangai memang macam macam.

saya mengingatkan diri saya sepenuhnya,

janganlah mendatangkan bahaya pada orang lain,jangan menyusahkan pihak lain,jangan bikin orang susah disebabkan perbuatan kita.

ada pernah,tempat kami parking berhampiran kereta seorang hamba Allah ni,walhal ruang dia nak keluar lebih dari cukup.tapi dia dengan angkuh lemparkan muka marah,mulut membebel bebel.saya nampak air wajah dia yang subhanallah...apa macam lagi haa...kebetulan hanya saya dan ma dalam kereta,hamba Allah tu lelaki muda,tetapi attitude huyarabbi,takde kesedaran sebab tak logik disitu dia anggap kereta saya block kereta dia,nak dijadikan cerita saya dah nak move dari situ sebab kalau dilayan 'orang kurang bijak' dia sekali tak bijak nanti tak pasal pasal saya lebih tak bijak dari dia,saya pun dah start enjin,yang pelik hamba Allah yang berwajah 'mulia' itu dengan slumber elok dan baekk punye pusing kete dia,

'aik?elokle pulak...tadi kemain angkuh bising2 konon kete kene blok!bila saya nak move(tak apalah,saya suka mengalah,saya tak suka berbalah.) dia boleh plak keluar dari ruang parking kete dia.walhal kete dia kete kecik aje(bukan mahu menghina,kebetulan haritu kami naik MPV ayah,) jadi memang ok aje even dia nak drift kat situ,tapi itula kan....manusia...sikap...tahu tak,sikap kita,cakap kita,memang menunjukkan diri kita.tapi kalau rupa kamu lawa,kamu hebat tak bermaksud kamu punya sifat mulia,itu sebab sini saya remind diri saya utamanya,biar rupa buruk tapi jangan sikap dan budi bahasa yang buruk...

maaf,lagi satu

hurm,punya bagai nak rak potong kereta orang,tapi tetau destinasi dia dah nak dekat pun,maksudnya konon nak cepat tapi lepas dia potong kita tau2 dia masuk kiri...bagusnya cara anda!

kes lain,

wahhh....menyelinap bawak kereta nak bagi signal betul2 dah nak masuk simpang baru dia bubuh.lagi sadis ada yang tak taruk signal pun...urut dada berisighfar banyak2 dalam hati bila mengenangkan situasi2 begini...bermoralkah anda rasa pemandu2 di malaysia ini?

hidup kalau berkiblatkan nafsu memang terjadilah situasi2 macamni.

saya pun bukanlah pemandu yang sangat2 hebat memandunya,baik,berhemah,tapi alhamdulillah saya nawaitu bila setiap kali naik kenderaan itu saya mahu selamat pergi dan pulang,mudah2an tujuan saya diberkati Allah,biarlah selambat apapun...


p/s-ampun maaf andai terdapat kata2 yang menyinggung.mudah2an kita sama2 renungkan sikap2 kita yang selalu kita ambil ringan...walhal topik mudah ini tak perlu dibahas.semua masing2 ada akal.yang ada lesen semua dah dewasa,mana ada budak kecik bawak kete.tak gitu?

mm =(

No comments:

Post a Comment