jemput jadi kawan =)

Thursday, November 3, 2011

ombak badai

assalamua'laikum.

selamat pagi dan moga2 dalam limpahan rahmat Allah Ta'ala hendakNya.ameen.
bangun pagi entah kenapa ada terngiang2 perkataan 'ombak' dan 'badai'...
apa makna atau pastinya hanya kebetulan sahaja mungkin.

entahlah,jika mahu difikirkan,adakah kerana sedang dalam melalui frasa hidup yang mulai dan bakal berkembang hinggakan bangun tidur boleh pula ada bisikan 'ombak badai'..hehe

wallahualam,Allah lebih tahu.Allah Maha Tahu.Allah Maha Agung.

cuma,dalam ruang pentas kehidupan agar mahu diri tidak terus terusan terjelopok dalam permasalahan,iman adalah tunjang kekuatan....Islam sendiri selalu mengingatkan bahawasanya setiap ujian dan cubaan hidup itu adalah ujian pada sejauh mana iman seseorang.Iman yang dijaga,ditambah nilainya,dibentuk seiring akhlaknya masha Allah,hebat hasilnya...hanya iman 'yang sebenarnya' sahaja yang dapat memelihara diri dari perkara2 yang Allah murka.

setiap hari me'refresh' nawaitu.resfreh dan cuba seiring melakukan perkara kebaikan dan berdoa padaNya agar dikeluarkan dari kesulitan.mudah2an.

saya yakin,selagi punya hayat izin Ya Rabbul Izzati,maka perjalanan hidup ini masih panjang.saya berdoa agar terus dikurniakan kekuatan,ketabahan dan pastinya mohon Allah kuatkan iman,tetapkan hati.moga2 segalanya dapat dilalui dengan baik.


p/s-selamat merentasi hidup anda dengan penuh keyakinan.optimis harus yang utama.hapuskan segala nilai pesimis.kita boleh!

insyaAllah =)




No comments:

Post a Comment