jemput jadi kawan =)

Monday, November 21, 2011

Indonesia dan Malaysia BOLA

assalamau'laikum wbt.

salam sejahtera pada kalian.

meski saya rakyat malaysia.saya tak terasa apa apa untuk menulis indonesia sebagai awalan tajuk.
malah saya menghormati negara serumpun saya.mahu tahu lagi?
saya tak marah bendera saya dipijak negara indonesia.TETAPI saya keji dan kutuk perbuatan tak bermaruah itu.kenapa saya katakan tidak marah?sebab saya masih berpegang pada akidah.saya islam.alhamdulillah sesungguhnya Allah tuntun hati dan diri saya atas jalan yang sebaiknya.jika orang keji takkan keji juga balasan saya.namun maaf jika saya katakan saya amat pilu bila tahu bendera negara saya dipijak2,dibakar di itu di ini...Allah...apakan daya saya...saya mohon agar seluruh rakyat malaysia berpijak dibumi yang nyata bukan membalas pada indonesia seperti yang dilakukan ke atas kita...

malaysia juga ada kekurangannya...jangan lekas mengeji memaki,namun kita punya lorong untuk menunjukan rasa tidak puas hati...saya tak mahu lihat orang malaysia juga ikut melakukan perbuatan salah...

walhal kita negara serumpun.kita bersaudara.kita punya cogan kata dan misi utama dalam memartabatkan negara masing masing...pemimpin kita berusaha keras demi negara tetapi rakyat mengotori nilai sahabat dan hubungan dua hala antara malaysia dan indonesia...

percayalah,ingatlah yang bahawasanya negara apapun kamu,hebat apakah kamu,dari manakah kamu,akhirnya kamu pergi menghadap rabbul illahi yang sama.hanya yang membezakan setiap dari kita amalan sahaja.

jagalah hubungan kita.saya mengutuk keras perbuatan dengki,benci membenci,caci maki keji sesama sendiri...

wahai malaysia,wahai indonesia.
apa yang kamu kejarkan?
apa yang kamu sibukkan?
apa yang kamu marahkan?


yang pasti dek kerana penangan bola yang hanya satu permainan nilai murni yang kita tingi tinggikan hampir rebah cecah bumi...sedih sungguh.

dulu juga punya peristiwa yang tidak sedap untuk disebutkan disini antara malaysia dan indonesia..namun yag berlaku biar berlalu.lalui hari ini dan yang akan datang dengan seadanya.jagalah hubungan erat antara malaysia dan indonesia.

kalau bukan rakyat yang nak bersatu padu maka siapa lagi?

bola siapa menang tak kisah.bukan itu yang penting.orang selalu silap.orang kata menang itu bagus.yeke?
menang ke kalah tak menunjukkan siapa kita.yang penting betapa kita telah berusaha dan kualiti dari usaha kita itu yang menjadi tunggak kejayaan...

menang itu bonus.kalah itu ganjaran.

kenape ganjaran?
begini,jika kalah bermakna kita perlu usaha lebih lagi,dan pastinya kita banyak belajar dari kesilapan.

wallahualam...

p/s-tak baik bermusuhan,dosa yang ada tak tertanggung,ini nak tambah pula lagi akaun dosa...malaysia indonesia berbaiklah sesama kita atas nama Allah

salam ukhuwah.

No comments:

Post a Comment