jemput jadi kawan =)

Wednesday, November 16, 2011

kalam hati waktu ini

assalamua'laikum wbt.

sejenak melihat lihat sekeliling diri.apa yang masih kurang hingga di uji begini.Tidak.Diri ini tidak mempersoalkan pemberian Allah,apalagi mempersoal kejadianNya,namun sebagai manusia yang sangat biasa tanpa punya apa apa kuasa,selalu hati ini terlangkah jauh.Ada saatnya rasa hati membeku dibuai pilu.andai punya kuasa ajaib,pasti diri ini memilih untuk ke taman bahagia.adakah?

Ada.janji kamu cukup tabah menghadapi duri perjalanan urusan duniawi.kuncinya adalah sabar.sabar dan terus bersabar.

Tetapi hati ini lekas berbolak balik.

Terasa kejam kehidupan manusia mengusai alam ini.
Terlalu memilih yang sempurna dan indah dimata cuma.
Teramat mudah melihat yang fantasi semata.

Dan kerana itu,ada segelintir dari kita yang masih kurang sana sini dan dibuang jauh melata.dihumban kesana dan kemari.dikata dikeji berbutir butir.

begitukah menikmati nikmat alam?
nikmat Allah Ya Khaliq.

hanya kekebalan iman dijiwa dan akhlak yang menggunung tinggi frasa duduknya akan luhur dan tenang hadapi cobaan.tetapi seperti kita?
lekas menggelupur diambang kesakitan dengan tohmahan dunia.lekas rebah bersama umpat hina dunia.

duniakah yang salah?
tidak.kamu yang salah wahai manusia.
kamu selalu persiakn hidupmu.
menindas nindas sesama kamu.
memijak mijak usaha saudara islam mu.
ada pula,cuba dan berjaya memusnahkan impian dan harapan antara kamu....

siapa kamu?
kamu adalah manusia.

jangan alasan tidak sempurna dan tidak punya daya mengelak dosa.

manusia.selagi kamu bernama manusia kamu akan selalu hampir pada dosa.dosa tidak mampir pada manusia.

O Tuhan,bekalkan jiwaku dengan keimanan yang teguh.Engkau tetapkan hatiku yang mudah rapuh.Cekalkan benteng jiwaku.Allahuakhbar.KepadaMu aku memohon dan meminta...Engkaulah Maha Pemberi Nikmat.
aaminnn ya rabbal alaminnn..

kalam hati kadang waktu sangat gembira.namun lekas pula berasa kecewa.ya,semuanya tidak akan kekal.yang muda pasti tua.yang sihat akan sakit.yang hidup akan mati,yang kaya ada miskin.yang cantik pula tiada juga yang kekal...

sahabat pembaca yang dirahmati Allah,
apakah yang akan kekal bersama sama kita kelak?

amalan...

T_T
terasa pedih melihat situasi dunia.
pilu.
sendu.

biarlah diri ini dalam kepiluan andai ia adalah atas keredhaanMu.jauhkan aku dari bahagia canda andai ia tidak mendapat keberkatanMu.

secebis waktu,selalu terfikir sampai bila ujian akan mulai berakhir...bila?
wahai hati yang indah milik Sang Pencipta,lekaslah sedar,ujian itu takkan berhenti hadir.selagi nafas kamu berdegup dan menghirup menghela puing puing rasa,selagi itu cobaan ada untukmu.

jadi memohonlah pada Si Empunya alam semesta,kuatkan hati,tabahkan diri.
selalu hadir dan dekat padaNya.Allah itu sentiasa ada.Allah itu tidak tidur.Allah Maha Mengetahui.Allah Azza Wa Jalla.

Allah...tuntunlah hati,bimbinglah diri kelapangan yang Engkau redhai...


''sesuatu yang indah itu pasti ada untuk kita''


p/s-pernah tidak diri anda dalam situasi yang sangat menduga hati? mustahil tidak...maka bertabahlah...
senyumlah wahai hati.

No comments:

Post a Comment