jemput jadi kawan =)

Saturday, November 19, 2011

kagum

assalamua'laikum,

''eh bau cheese le pulak malam2 gini.bio beno,udahle lapo ni haa :P ''

sebenarnya atas ni cuma monolog.tak berkaitan tajuk,sekadar kongsi apa yang difikir dan terlintas.hee.ganggu aje nak nulis ni haa.

saya kembali menjelajah blog seorang hamba Allah ni haa.Allah Maha Tahu,saya mengagumi ciptaan indah yang Allah kurniakan,dan saya merasai kehadiran hamba Allah itu sebagai rujukan.kagum dengan hasil seni dan kata kata indah yang dikongsi beliau diblognya.

saya juga ke blog beberapa insan yang saya kira amat arif dalam dunia fotografi.ya,hasil tangan mereka buat saya segan dan terasa diri ini masih banyak perlu diperbaiki.meski saya tidak pernah merasai diri ini hebat,namun setiap kali saya terlihat dan terjumpa insan insan cemerlang sebegini,saya malu namun kagum dengan mereka semua.sungguh.hebat sungguh aura yang dimiliki mereka.

saya sedar,saya perlu usaha lebih,ketepikan perasaan dan rasa rendah diri,tolak jauh jauh rasa segan dan kurang percaya diri.dan siapa yang lahir di dunia ini yang tiba tiba 'power' kan?semua belajar dari bawah.ya dari bawah...
dan itulah yang dilalui oleh saya,saya bermula dari bawah,dan sekarang usaha lagi untuk menggilap kesukaan saya,berbalik pada dunia fotografi,saya bukan seorang yang mahir,saya juga bukan peminat hal hal berkaitan fotografi,apalagi bijak tentang seni.tidak.saya hanya bersandar pada minat.sejauh mana minat saya,hanya Allah Yang Maha Tahu,minat tak bererti mahir,suka tak bermakna tahu segala.

tetapi saya punya inisiatif untuk melihat karya saya yang tidak seberapa setaraf atau menandingi hasil karya mereka yang saya kagumi,kenapa tidak lebih dari mereka? setanding sudah cukup.jangan tamak.hee
lebih itu bonus.walhal diri ini masih terkedek kedek.

jadi,mari usaha ganda ganda lagi.cuma sedikit terkilan,tidak semua hanya segelintir atau seorang dua sahaja,biasanya orang orang yang mahir dalam sesuatu bidang,agak risau jika terpaksa berkongsi ilmu,ada pula mahu dibayar,katanya seiring dengan pembelajaran...kini jika mahu maju dan mahir dalam sesuatu,inisiatif perlu lahir dari dalam diri,usaha dan semangat perlu dari diri,jika terlalu mengharap pertolongan dan tunjuk ajar orang lain,maka banyak yang sia-sia dari nyata...mengapa ya ilmu tidak dikongsi,malah mahu ganjaran...namun yang memang sudah arif benar dan layak dipanggil cikgu(otai tu) dalam bidang tersebut tak kisahla jika mahu tuntut ilmu dari mereka dan berbayar!

eh betul ke salah saya cakap?
(-__-)

kagum.saya memang kagum.saya tahu untuk hebat seperti dia mungkin jauh lagi.mahu 'power' seperti dia apalagi...tapi saya yakin,berkat usaha,doa dan keizinan Allah segalanya mungkin...pada Allah saya bermohon supaya insan insan yang saya kagumi ini terus diberkati dan terus terusan berkarya...sebab saya selalu menginspirasikan hasil tangan mereka.kapsul untuk saya.

untuk pengetahuan,saya maksudkan bukan hanya pada insan yang dalam bidang fotografi sahaja,saya ini ramai benar umat Nabi Muhamad yang saya kagum.kagum dengan bakat yang Allah pinjamkan buat mereka sekalian...selain bidang fotografi,bidang penulisan adalah minat nombor satu saya,maka setiap yang dibaca dan terbaca oleh saya,saya amat kagum.hebatnya bakat diorang semua!

andai saya punya peluang ketemu salah seorang dari mereka,masyaAllah... *pengsan....


p/s-bukan terlalu memuji atau mengangkat angkat darjat seseorang,tetapi saya mengagumi karunia Allah yang ada sekeliling saya.jadi sebenarnya saya amat bersyukur dengan kehebatan Allah swt.pemberian dan segala contoh terbaik ada disekeliling saya,hanya tinggal saya yang perlu mencontohi.ambil yang baik,tinggal sebaliknya.

No comments:

Post a Comment