jemput jadi kawan =)

Saturday, December 24, 2011

Aqiqah dan Cukur Jambul

Assalamua'laikum sahabat =)

alhamdulillah kata kata diizin Allah nak post entry tentang majlis Aqiqah dan Cukur Jambul anak fruit saya.hee
dengan ini nak berkongsi saya benar2 bersyukur ke hadrat Allah Ta'ala kerana semua yang dirancang berjalan dengan sangat lancar.ramai yang hadir.orang tak putus2 datang ke majlis tersebut.since hari sebelum kenduri.sabtu sebelum tu ada potong bawang bagai.kira rewanglah gitu..

sebab dalam beberapa hari sebelum tu pula saya dan kakak2 dah siapkan barang2 lain like goodiesbag, gantung thank you card,bunga pahar,dan gift bag untuk orang2 marhaban,tukang masak dan orang2 baca doa.
alhamdulillah siap awal so memang takde tergesa gesa.syukur.

dan sebelum sabtu tu pulak saya dah siapkan buat buaian dan mini photobooth.
entahle,idea bertalu2 tampil.walhal cuma kenduri Q&CJ aje.tapi itulah sebenarnya sekadar memeriahkan majlis dan meraikan anak fruit saya.tiada niat lain.Allah Maha Tahu.

tapi saya dikhabarkan dengan segala macam berita yang mana orang2 ingat kenduri kahwin sebab siap ada invitation card.tapi saya rasa part tu orang lain pun dah biasa buatkan?
hehe.yang comelnya siap tanya anak yang tuuttt ke kahwin...eceh...

tak kahwin la.ini kenduri cucu.
fullstop. =)

sebab canopy pun kemain. -permintaan ibu baby dan duit dia.nantok situ dia.
baby cot pun kemain. - ibu ayah baby juga yang mahukan.since itu baby girl sulung kan.nantok situ deme.
theme colour pun kemain. - tema idea my emak.dan semua baju pun disponsor ibu.sebenarnya baju raya pun.

dahtu ade photo side bagai.
and memang kami sendiri pun rasa dah macam kenduri beso.haha
tak apalah yang penting niat tu aqiqahkan di baby.maknanya sunat muakkad selesai.nawaitu sebenar terlaksana dan mudah2an Allah redha.

menu pun sweet.pemanis mulut pun power.

kambing masak kurma.
ayam masak merah.
ikan tongkol masak cuka.
sayur campur.
air asam limau knorr.

pemanis mulut - dadih perisa epal dan cappucino. ohsem. tak cukup 250 bekas tu!
disediakan khas dari makcik saya.

hari potong bawang lagi ohsem!
kakak sulung sediakan nasi lemak sepesel!
kuih donut dan spaghetti pizza hut...

ermm...alhamdulillah seronok plus happy bebeno sebab kenduri kali ni maintain saya juga antara yang banyak handle kerja.tapi yang benonya saya banyak uruskan hal2 produk.eceh!

jumaat dua hari sebelum kenduri saya gigih sorang2 buat kerja ubah suai dan menghias bagai baby cot.
mashaAllah budget memang bukan murah.bukan tapi itu bukan isunya.sebab bukan duit saya.saya dupah pulak tu.haha...
zaman sekarang semua mahal2 belaka.takut tengok rege.apekan daya ibu baby nak yang A semua !

baiklah,mari lihat gambar...
cumanya saya tak upload semua dan inipun tungging langgang susunannya.maaf.




see...
patutnya ini antara pic yang dicaptured last.sebab di hujung majlis ada buat potong kek si kecil Zara.
baiklah.nak share juga,siapa yang ada anak kecil lebih2 lagi girl tahulah berapa perbelanjaan untuk pakaian sahaja.ngeri! mahal2 belaka.
gown atas ni aje RM+++ ermm...
meheinye.
anak awok esok jait sendiri aje.buleh? hee



ini antara produk awal disiapkan menjelang kenduri.
untuk diletakkan atas stand dekat photobooth Zara tu.satu saya buat,satu lagi ayah baby buat.yang cool bapak dia buat di ultimate print karangkraf.ohsem bebeno!
saya buat manual aje.bajet lari nanti!


ini diambil sewaktu berada di tapak sembelihan binatang yang diniat Aqiqah.
Zara ini betul2 penyeri kami.takbanyak kerenah.tak banyak ragam.sangat pintar.
dia diam sahaja even terkena panas pagi.tak apa panas pagi elok.mudah2an yang utama adalah niat kami pagi itu.
Zara stay cool even ayahnya bawa dia bergambar dekat kambing selepas akad dibuat antara si ayah dengan tukang sembelih lembu.(beruntung kerana tokeh kandang lembu sendiri yang sembelih.bukan pekerjanya)


Zara nyenyak benar tidur di pangkuan ibu sewaktu nak dicukur rambutnya.goodgirl.
Sebenarnya dia keletihan pun sama sebab berjaga sama.gamaknya dia tahu esoknya(hari sabtu malam tu)
ada kenduri dia and ayah dia sampai pagi sabtu (jam 3pagi)
lepas keje.


gambar ini di ambil awal pagi.sekitar jam 8pagi.
meaning saya dah siap2kan Zara lagilah awal.biasalah kenduri ACJ memang awalkan.jam 9pagi start marhaban.
dan waktu ini saya siapkan Zara and mokdenya bawa pergi kenal2kan gitu dekat orang2 belakang tabir kenduri.hee
sebab saya lepas tu pun terus siap.ater awok tukang ngambek gambo.ater...
yang lain memang idakle sebab deme ade koje masing2.
menguap si tecik mummy ni!



alhamdulillah meski tak power meski tak hebat mana saya syukur
sebab yang saya usahakan menjadi.semua saya siapkan sendiri atas izin Allah.tapi sungguh nampak aje simple,kalau ditotal harga part baby cot and hiasannya..ermmm....
semua beli baru.takda satupun hat yang terpakai.jus imagine.harga barang kat perak payah nak rasa murah!
baik pulak di kl.huhu


ni nak share something.
it makes me cry.im not kidding.
bila semua makcik2 marhaban ambil posisi masing2 keliling buaian saya juga dah letak siap2 camera pada angle yang sesuai dan sharp lighting bagai.dengan lafaz bismillah Allahuakbar
saya betul2 sayu dengar mukaddimah marhaban...
betapa hidup ini kita memang saling bersangkutan dan memerlukan.betapa kehidupan ini adalah segalanya berjalan atas izin Yang Maha Kaya...
antara yang saya ingat bunyinya 'si ibu mengandungkan si anak selama 9bulan 9hari dengan penuh bla bla bla...
tarrannum zanji amat menyentuh hati...
setelah itu tiba waktu doa makcik tu tanya si ayah baby
'boleh baca tak? kamu baca doa ya(baca doa biasa tiada lenngok tertentu.tetapi dalam marhaban doanya ala2 berqasidah)
tapi menjadi sejarah di tempat kami menurut makcik2 itu, tak pernah lagi bapa baby yang membacakan doa untuk anak sewaktu marhaban...mendalam maknanya...
bertuah dan tuah anak''...

alhamdulillahirobbil aalaminnn kami
panjatkan pada Allah.


pertengahan acara majlis marhaban iaitu cukur jambul/rambut.
memang Zara betul2 tidur.dia cuma duk ngeliat menggeli aje.elok juga takdele dia rimas atau serba tak kena bila dipotong rambutnyakan? hee
semua makcik2 marhaban berbuat perkara yang sama begitu juga keluarga tuan rumah.
saudara mara bagai.
saye aje takde sape yang offer.cehh!
bila lepas kenduri saya mention hal ni diorang cakap
'kamu takpe kakcik,tak penting sebab kang sape nak amek gambo''..
gulp!
huh!

sepatutnya bilangan ada sepuluh orang satu team hebat ini.namun lagi dua ada urusan.ater makcik2 ni pun busy tau!hehe
semua sporting bebeno.saya usik seronok beno deme.saya cakap
'okeh2 makcik2 lepas ni saya nak ambil gambo,bla bla bla sebab nak masuk tb ni..haha

dahtu saya kene lagi power.
esok2 tuan rumah kalau kenduri aqiqah lagi jangan lupa jemput kami ye''
anak kamu(ditunjuk saya) jemput kami marhaban!.''

erk?
haha!


inilah barisan artis marhaban.hehe
saya panggil kak mula2 tapi makcik tu cepat cakap
''kak apenye anak oii..makcik le,opah pun boleh sebab dah bercucu cicit dah..''!
ohooo...

nak share satu perkara
saya ni memang semua even tahu memang seseorang tu lebih tua saya tetap panggil adik sebab saya tahu diri.
orang sekarang amat mementingkan title.ada pula kalau dipanggil kak dikata tak sedar diri.takpun tak selesa dipanggil kakak.ada pula dipanggil adik seronok tahap dewa.

itu sebab kes saya panggil kak pada makcik2 tu sebab saya tak mau orang ingat saya perasan muda.lebih baik saya panggil kak aje.last2 punya bagus makcik2 tu siap suruh panggil opah.
manusia ini macam2.

just sharing.saya open minded.panggillah saya apapun asalkan
nama yang mendoakan saya.
panggillah saya kak sekalipun andai lebih berusia dari saya.saya tak heran title dunia.


dan ini adalah penutup marhaban.
mashaAllah dihujungnya juga amat membuai perasaan.syahdu dan sayu.
Allahuakhbar!

makcik yang kecil tu(posisi tengah memegang buku hijau)
siap ada pantung khas diakhir kalamnya.
tak balas atau beli sebab mak saya cuma balas speech aje.simple but nice.hee


persalinan anak fruit saya.
ikut ibunya nak pakaikan gown aje.
tapi saya tak mahu.kata dah amek saya jadi perunding majlis so ikut my cakap.haha
pergi kamdar beli kain and hantar tailor.siap ukuran booties and mittens lagi.hehe
sweet sangat! hari santu tengahari tu saya siap2 iron and shoot pic.

terima kasih Allah.terima kasih seluruh tulang belakang kenduri sederhana ini.
terima kasih seluruh yang hadir.lagi terharu ramai yang datang dari jauh.


jazakallahu khairan kathira.


p/s-ada rezeki ketemu di lain entry.ada kesempatan saya share tentang sehari sebelum kenduri dan lain2.insyaAllah...

No comments:

Post a Comment