jemput jadi kawan =)

Wednesday, January 4, 2012

laluan 2012.semoga bersinar

assalamua'laikum sahabat

alhamdulillah tahun baru.tidak banyak yang baru.azam?
terpulang seperti apa masing2 mendefinisikan azam dan cita2 masing2.

tahun baru saya kembali ke shah alam setelah usai cuti krismas dan cuti tahun baru.hari selasa bermula episod baru dalam tahun baru 2012.sebenarnya tidaklah menarik benar.cuma apa mungkin dari apa yang diberitakan dapat manfaat.jangan hanya sekadar tutur untuk menerima dan mengambil manfaat itu.tetapi belajarlah mengutip yang sebenarnya apa itu manfaat...

selepas habis pengajian bertabah hati saya menunggu panggilan kerja.hari demi hari saya bertabahkan hati apa adanya dengan memandang positif akan fitrah dan lumrah dunia.dan sambil menunggu peluang kerja saya tidak betah duduk rumah.tidak betah berdiam diri..setidaknya saya akan isi masa luang dengan mengadakan sesi photoshoot.moga moga apa yang pernah saya pelajari dulu tidak sia sia.insyaAllah.

dan saya juga seperti biasa menjalankan bisnes kecil kecilan.freelance photographer dan designer...masyaAllah jangan fikir saya hebat apalagi tahu serba serbi.masih bertatih menimba ilmu dan mencari pengalaman...saya akan bekerja sekitar shah alam dan perak.ikut permintaan dan panggilan rezeki tersebut...dan hari ini rezeki telah Allah siapkan untuk tahun 2013.meski bukan project besar2 tetapi saya sendiri amat kagum dengan kebesaran Allah...entah saya masih hidup atau tidak 2013 itu... kebetulan selepas usai kerja tadi saya on internet.menekan password facebook.masyaAllah sahabat di universiti beritakan mahu ambil saya sebagai photographernya di majlis pernikahan dan persandingan beliau...wahaaa.....

saya bersyukur dan mendakap erat kata2 si emak bahawa rezeki itu seluas langit dan bumi...andai engkau percaya padNya maka Allah juga akan berikan janji dan cintaNya kepada mu...

meski jauh perjalanan meniti tahun 2013 itu tetapi saya positif.ada rezeki maka tercapailah hasrat sahabat saya dan keinginan saya untuk hadir di majlisnya nanti...insyaAllahu Ta'ala...

dan terima kasih sangat2 pada semua yang pernah bekerjasama dengan saya terutama dikalangan ahli keluarga dan sahabat sahabat...

sekarang saya menulis anak buah di tepi...
ehek2 katanya...mau tidur lah tuu...
breakfast sudah.mandi pun sudah seasal pagi tadi...
ini mahu main2 dan mahu tidrur semula...

Zara tidur ya,mummy mahu masak lepas ni.
wahhh....


ini gambar sebelum balik shah alam.Zara dah berusia dua bulan lebih ^^,


Zara punya baju dah makin melambak.
tapi Zara dah makin nembem...ohsem anak fruit mummy ni haa!


p/s - doakan yang baik2 untuk saya ya.selamat bekerja!

No comments:

Post a Comment