jemput jadi kawan =)

Wednesday, January 11, 2012

cubaan namanya

assalamua'laikum sahabat.
mudah2an dalam redha Allah selalu.

jika kita sihat maka hargai nikmat itu.jaga kesihatan.buat yang terbaik.bukan untuk orang lain tetapi diri sendiri.saya memesan pada diri sendiri utamanya.

sedang datang pula sakit maka bertabahlah sesungguhnya kita beruntung kerana dipilih Allah untuk menebus dosa dosa kecil.insyaALLAH.yang pasti bertabah dan jalani dengan tenang.

sejak ahad saya mulai rasa sakit.tetapi saya ingat biasa2.sebab saya memang kuat pantang.pantang tengok ais!
malam tu lepas balik dari jalan jalan.dah rasa sakit tekak.perit sikit.agaknya nak batuk.

masuk isnin ya Tuhan...panasnya badan.mula minda duk fikir kalau mak ayah dekat mesti dah bising dan susah payah bawak pergi klinik meskipun saya cukup anti jumpa doktor.huhu... petang tu memang seluruh badan dah rasa semacam.jadi saya minum air cap badak dan kakak belikan ubat.saya memang taknak pergi jumpa doktor.si kakak pun memang malas banyak cakap and dia pun beli.cuma ubat batuk tak dapat.

hermm....semalam lemah sangat.betul2 asyik rasa nak muntah bagai...mana dengan saya cuma tinggal berdua aje dengan anak buah.alhamdulillah agaknya dia tahu saya tak sihat maka dia pun tak banyak ragam...syukur.harini masih sama.cuma itulah kejap panas kejap hilang.walhal dah 4botol air cap badak saya minum.ubat demam pun saya makan.dan air 100plus botol besar pun saya ambil....ya Tuhan mudah2an semakin pulih...

p/s-baru diuji begini.Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.mohon Allah kuatkan hati.aaminn

No comments:

Post a Comment