jemput jadi kawan =)

Tuesday, January 31, 2012

make up

assalamua'laikum sahabat semua :)


gambar sekadar hiasan.
apa yang kita utamakan.apa pilihan kita.
cantik pada lapisan atau hati?
kekal atau sebentar.pilihan atas kita :)


nak taip tajuk macam segan.sebab yang menaip barang make up pun tak berapa nak tahu.katakan perempuan.eh yang namanya perempuan tu memang kena pandai bermekap ke? saya kurang tahu la.sungguh.saya hanya suka membeli.lepas tu wakaf pada orang.sedekah jariah lah lebih kurang.hee.

paling kuat pun beli bedak compact dengan mascara.haa ayeshadow pun ade.tapi nak pakai makai ya rabbi...haishh memang ngeri.ngeri tengok hasilnya.riso mak andam pak andam tak bole cari makan kot kena saya jadi jurumekap :P

sebenarnya bukan apa sangat pada entry ini.sekadar coretan ringan.bukan apa saya ini hari2 dihidangkan pada keadaan sekeliling yang mana ramai perempuan2 di luar sana amat handal bermekap.memang bagai langit dan bumi kalau dibandingkan dengan tukang tulis ni haa :P

budak belasan tahun pun dah pandai pakai mekap.kadang tu yan sekolah rendah pun makk aihh dia punya lipstik! merah bebeno! saya selalu ditegur,disuruh,dikerah supaya belajar berhias diri(bab2 touch up muka lah gittew) tapi sungguh,saya malu dan segan kalau pakai mekap.terasa macam tepung gomak :P

sementelah saya kategori wajah tidak mesra alat solek agaknye.ater kulit metalik.hehe
jumpa sahabat2 lama baru semua perghh kemain lawa pakai mekap.saya dari zaman skola,belajar u sampai koje ermm gini aje rupanya.pernah tu pernah tapi entahla segan nak beritahu apa rupanya.nanti ada yang nak mintak sign..ngehngeh...

cuma!
ada perkara yang nak diutarakan.seperti apapun kita mencantikkan diri.alat solek hanya alat solek.ia cuma bingkisan luaran.mungkin cantik pada mata manusia.tetapi adakah cantik dimata Sang Pencipta?
mudah2an kecantikan yang kita mahu dan usahakan adalah cantik yang luhur dari hati.
cantik itu apabila hati seseorang amat tulus menerima dan memberi.tenang selalu.berperasangka baik dan berbuat baik selalu.ini baru cantik.sangat2 cantik pada saya.

tidaklah pula saya maksudkan yang pakai mekap itu cantik luar tapi dalam kotor.tidak.namun itu memang wujud sekarang.sekadar berkongsi.saya juga menimba pengalaman dari alam sekeliling.meski dimata kita lihat ia amat indah tetapi apa yang ada pada hati.seperti apa peribadinya...

saya sendiri amat takut dan mohon dijauhkan dari sifat2 yang tidak sepatutnya misalnya memiliki paras yang amat indah,ditambah dengan kelebihan pandai menghias diri namun amat sedih apabila dikurangi dengan sikap sombong.riak dan berbangga atas kelebihan diri...wa nauzubillah minzalik

apapun kita,andai ada terbit rasa riak maka rosaklah hati.apabila hati sakit maka kita sendiri tahu apa akibatnya...sesungguhnya dalam hidup ini apalagi yang kita kejarkan selain hanya mengharap pada redha Allah.
wallahualam,

berhiaslah.bermekaplah.
namun yang utama cantik itu adalah dari hatimu.bukan asas mekap.bentuk badan.rupa wajah sekalipun fesyen yang diperagakan.

p/s- mendapat perhatian khalayak itu mudah namun perhatian dari Allah adalah utama dan lebih indah.subhanallah

No comments:

Post a Comment