jemput jadi kawan =)

Sunday, February 26, 2012

cemburu dan kagum

assalamua'laikum sahabat :)

mesti ada diantara kita yang pernah berada dalam situasi yang mana kita betul betul rasa cemburu.cemburu yang macam mana masing masing diri lebih tahu.macam dipihak saya,saya akui saya amat mencemburui dengan karisma seseorang.cemburu lebih membuak buak dengan ilmu yang mereka miliki.sungguh.

cemburu kerna saya berhajat mahu jadi seperti insan insan tersebut.
subhanallah hebat sungguh ciptaan Allah.

saya akui juga saya melihat keadaan sekeliling dengan penuh teliti atas sebab semua yang saya lihat itu adalah pelajaran dan pengalaman.benarlah pepatah 'pengalaman itu tidak dapat diperoleh atau dibeli dimana mana'

namun saya berharap agar pembaca tidak salah faham.saya mencemburui dengan keistimewaan yang begitu hebat dimiliki oleh insan tersebut.

cemburu yang mendefinisikan indeks betapa saya mengagumi hebatnya kejadian Allah.dan saya perlu mencontohi orang orang yang sebegitu.

saya tahu,untuk menjadi seratus peratus adalah mustahil kerna Allah menjadikan kita ini berbeza2.Allah juga menciptakan itu supaya kita saling memenuhi dan melengkapi.Allahuakhbar!

p/s- Ya Allah mohon kurniakan daku semangat dan kekuatan serta ilmu yang mencurah2 supaya aku dapat menulis dan menghasilkan karya2 yang hebat dalam pekerjaanku.aamin ya rabb..

qabulkan doaku Ya Allah T_T

No comments:

Post a Comment