jemput jadi kawan =)

Wednesday, February 8, 2012

Jodoh

assalamua'laikum sahabat :)

petang di kampung.terasa heaven.eceh!
tapi itulah,kurang aktiviti terasa hari ini.salah diri sebab tak semak schedule dan selesaikan semua kerja yang terbengkalai.bertuah punya anak - ni ayat mak saya ni haa.

semalam saya diberitakan khabar gembira oleh seorang sahabat lama.saya tumpang gembira dan bahagia untuk dia.hee...

dalam pada itu saya terasa ya Tuhan lekas benar hari ini berlalu.lekas pula usia berganjak dari tahun ke tahun.eh saya pun dah meningkat umur.tapi tak cukup bulan aje atas sebab lahir hujung2 bulan.

dan disebabkan umur saya mungkin dah sesuai untuk ke fasa baru(eh betul2 takut nak cakap bab2 kahwin ni),menurut emaklah,tapi entah sampai harini duk main2 kalau mak atau siapa2 duk cerita perihal jodoh.tapi nak kata main tak juga,cuma saya tak ambil kisah yang sebenonye...

cuma kalau difikir dalam2,masyaAllah....kenapa cepat sangat umur ni dah 20an.itula dulu time umur belasan tahun saya ngelupor nak umur ada pangkal dua di depan.tapi sekarang bila orang2 usik hal2 jodoh bagai saya rasa macam eh memang kene kahwin ke(tak tau ayat ni betul ke tak.huhu)

tapi idakla risau lebih2.saya masih tahu dimana saya berada.dan fitrahnya manusia itu saling memenuhi.cuma masih terdapat banyak ruang ruang kosong untuk saya tampung.baiki.dan pulih agar menjadi lebih baik.

untuk pertama kali rasanya bubuh entry tentang ini.harapan saya diluar sana jangan ada yang fikir bahawa saya sudah mampir kesitu atau gatai2 nak kahwin pula :P

wewee...
namun pada sahabat2 tak kira siapapun selamat mendirikan masjid.
mudah2an kalian berdua dikumpulkan dalam kebaikan dan keberkatan Allah Taa'la.aaminn

p/s-takde idea langsung nak cakap hal2 ni.ini tulis pun tangan terkial2.ngehngeh


No comments:

Post a Comment