jemput jadi kawan =)

Wednesday, October 31, 2012

kawal atau tidak

assalamua'alaikum sahabat,

dalam beberapa detik kebelakangan ni ada berbagai cubaan datang,masyaAllah rupanya Allah masih sayangkan diri kita.alhamdulillah walaupun sebenarnya manusia mana yang tak terlepas dari berbuat salah dan terlajak sikap.sama juga seperti saya.

ujian Allah itu kalau betul dijalani dan dihayati maksudnya dihadapi dengan istiqamah sambil bersyukur pada Allah sebab diturunkan ujian itu rasanya pasti manis aje.namapun hidup,kalau tidak ditimpa musibah masalah dan seumpamanya mana dan bila kita nak belajar matang.

kadang kadang pada sepetiga malam,hati berkata kata.mengapa ujian ini yang diberi,mengapa diri ini yang dipilih untuk hadapi semuanya,kenapalah diri ini tak dapat buat yang terbaik,kenapa itu kenapa ini.macam macam lagi , - haa yang ni tak betul.kita ni kalau tengah stress(kononnyela ye) suka cakap bukan2.yang sebenarnya kita patut mohon pada Allah agar diberi kekuatan untuk hadapi cobaan dan insyAllah kita kuat untuk hadapinya bukan?

macam posting saya semalam :)

apapun yang berlaku kita yang mengawalnya dan pasti bahawa Allah Lebih Mengetahui.maksudnya disini perancangan,pemikiran dan perlaksanaan bergantung pada kita.kita yang mengawal seperti apa jalan yang dimahukan disamping percaya bahawa ini adalah jalan terbaik yang Allah telah pilih untuk kita.
subhanallah.

memang sebenarnya susah nak dinterpretasikan apa yang bermukim dihati dan dijiwa tatkala ujian dan masalah datang bertimpa.sungguh.hanya Allah Maha Tahu.Allah Maha memiliki setiap hati manusia.

keadaan dan masa yang sentiasa berubah turut ikut sama adalah corak pemikiran dan hati.
moga Allah memimpin diri kita ke jalan yang lurus.jalan yang diredhai.

hari dan semakin berganjak namun masih terkial2 dengan tujuan dan niat paling utama dalam hidup ini.
moga kita menjadi hamba yang 'mengejar akhirat dan dunia mengejar kita,

p/s- bermusim berlalu,penantian dan pengharapan masih samar. Allahurabbi ,

No comments:

Post a Comment