jemput jadi kawan =)

Friday, October 4, 2013

Ulang Tahun Kelahiran , September 2013

Assalamua'laikum ,

semak punya semak dah dua bulan rasanya tak tulis.dan sebenarnya kebelakangan ini jarang menulis.entah hape hape betul.ini pemalas atau idea kurang ni ?

Allahuakhbar...

baiklah semoga dalam rahmat Allah sekian pelawat yang datang baca dan lihat lihat blog saya ni.

baru aje bulan lepas , september bulan kelahran saya bertandang dan telah pun berlalu pergi sebab ni pun dah masuk bulan october.apapun alhamdulillah wa syukurillah pada Allah.Allah mengurniakan rezeki , kesihatan , kasih sayang keluarga sahabat handai dan segala macam jenis kurniaan lagi.tak tersebut tak terucap.alhamdulillah padaNya.

macam biasa macam tahun tahun sudah tidak ada sebarang sambutan.paling kuatpun makan makan bersama ahli keluarga atau diorang bawak belanja makan luar dan adalah baca doa kesyukuran.segan pulak nak sambut nyambut ni.dah tuaaaaa takdak apa nak disambut.hikhikhik

tetapi saya berterima kasih pada hamba Allah yang setiap tahun cuba meraikan saya dengan berbagai cara.maksudnya selain sambutan/parti bagai.misalnya kalau datang aje hari lahir mesti ada hadiah yang dapat,tapi jujur saya akui saya tak mengharapkan hadiah sebab bimbang permberi mungkin dalam kesulitan kewangan atau tidak berpeluang berbuat sesuatu.namun cukuplah ingatan dalam doa buat saya.

kalau ada yang memberi tentulah saya berbesar hati , moga Allah membalas jasa semuanya.tetapi jangan sampai mudhorat sebab nak mengadakan 'sesuatu' untuk saya.

doakan saya...



tak gamak tengok kek yang dibuat ni.menitik ayo mata Anna Olson kalau dia nampak.kikiki

moga Allah mengakabulkan setiap doa kalian buat saya , dan pastinya moga Allah membalas kebaikan anda semua.sahabat , rakan taulan , saudara mara bagai yang ucap selamat hari lahir baru baru ini , 28september.

jazakallahu khairan kathira.
barakallahufik.
tabarakallah.

Salam Jumaat.
perbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW.

Allahumma Solli Ala Saiyyidina Muhammad.

No comments:

Post a Comment