jemput jadi kawan =)

Thursday, November 14, 2013

Cantik atau Baik. Anda pilih yang mana ?

Assalamua'laikum ,

saya pagi tadi jenguk page Ustaz Pahrol Muhd Juoi.

tulisannya bagi saya melihat semula jauh ke dasar hati saya sendiri. nun jauhhhh , 'dimana letaknya diri aku sekarang ini sebenarnya andai jika aku salah seorang yang begitu cintakan kecantikan berbanding sekeping hati yang baik....'

malu pada Tuhan.

dan malu melihat anak-anak sekarang yang memang sangat obseskan kecantikan.saya tak terkecuali meskipun bukan dalam kalangan orang yang cantik dipandang , manis dilihat atau terus terpikat.
paling kuat pun kalau ada sedikit nilai tambah pada budi bahasa.itupun kalau ada.huwaaa :(

cuma memang selalu terikut. tidak salahkan sesiapa cuma naluri dan nafsu perasan nak kelihatan cantik itu selalu wujud.padahal macam kata mak saya ' ada bagus kalau jadi orang yang baik , automatik dapat dirasai cantik budi dan dalamannya' , gitulah lebih kurang maksud mak.betul makk , cuma diri ini menyeleweng aje banyak.astaghfirullahal adzim

kata Ustaz Pahrol
Cantik itu di mata, baik itu di hati.
Walaupun yang cantik itu bahagianya belum tentu, yang baik itu bahagianya sudah pasti..ramai yang memilih ketidak tentuan berbanding kepastian!
Sesungguhnya yang baik itu cantik bukan yang cantik itu baik.


saya setuju , malah rasa kagum sebab Allah berikan pada beliau ilham menulis yang mana dalam tulisan ada dakwah dan tarbiah.subhanallah.begitu hebat ciptaan Allah.

selalu soal pada diri kita , dimana posisi kita .
mahu cantikkah ? atau baikkah?

yang pasti jikalau baik , inshaaAllah cantik. kerana baik itu rencahnya cukup.
namun yang cantik itu belum tentu seiring dengan yang namanya 'baik'.

nak ulas lebih lanjut saya bukanlah orang yang tepat kerana masih lagi mencari-cari dan sentiasa dahagakan ilmu lantas rasanya lebih cun kalau kita sama-sama jenguk dan luangkan masa membaca tulisan UPMJ disini
http://genta-rasa.com/.

p/s:  tahu yang bahawasanya ilmu kita terbatas.semakin banyak yang kita tahu semakin banyak sebenarnya yang masih tidak kita ketahui.sesungguhnya ilmu Allah itu Maha Luas.


No comments:

Post a Comment