jemput jadi kawan =)

Wednesday, November 13, 2013

Kawan atau Sahabat ?

Assalamua'laikum ,

rasanya kalau boleh nak tulis panjang panjang. itupun kalau rajin yang tak disangka-sangka.

sebenarnya isu ini mungkin bukan lagi keutamaan sebab sejarahnya tentang kisah berkenaan tajuk yang nak dikongsikan ibarat dah basi.tapi nak update jugak.lain orang lain tulisannya , apa mungkin ada sesuatu yang dapat dimanfaat dan sebaliknya tinggal-tinggalkan.

sedari kecil lagi saya memang suka berkawan-kawan ni.entah tak kisah siapapun , bukan sahaja kira sekepala tetapi asal ngam boleh nak buat apa sahaja semua okey pada saya.masa berganti masa , dan samalah juga kawan-kawan pasti bertukar.dari sekolah tadika , sekolah rendah , peralihan sekolah menengah dan nun sambung ke uiversiti pulak. lepas tu kerja dan sambung belajar lagi.

dan bekerja semula selepas tamat belajar di peringkat seterusnya.lihat ! betapa banyak fasa dan keadaan yang dilalui.tetapi untuk saya kawan yang paling ngam dan betul betul selalu wujud untuk saya adalah kawan since sekolah rendah dan menengah.tapi tak ramai. boleh dikira dengan jari.hehe

sebab kawan sekerja ini namapun baru kenal , sudah pulak bukan boleh betul-betul dipercayai.kata orang-orang tua berbaik atas batas.tidak lebih dari itu.lelaki ke perempuan ke.jaga-jaga... ada yang memeghati... haa ni kata kiah propa :P

selain itu kawan kawan yang merangkap customer/client kita.
bila dah selalu jumpa , sembang bagai makna dah boleh di cop sebagai kawan.menurut sayalah.kalau setakat jumpa sekali dah tak jumpa itu tidaklah namanya kawan.

saya tak semak pulak maksud kawan dan sahabat menurut kamus dewan bahasa dan pustaka atau search google maksud sebenar.saya cuma nak rungkai secara rawak ,

biasanya yang namanya kawan ni , dia umpama biskut. nak umpamakan yang lain tak sempat nak fikir pulak , kejap dia ada kejap dia takda.agak-agak dia perlukan kkita dia memang wujud.makanya sudah habis madu sepah yang tinggal memang tak laaaa dia nak ada lagi dengan kita.lagi sadis waktu kita senang dan keberadaan dia suka , kita susah hilang punca dia ghaib. ini betul-betul tak adil ni.kikiki

buat masa ini alhamdulillah tak pernah lagi jadi , paling kuat pun yang namanya kawan kawan ni dia akan selalu mengelak dari kita.nak jumpa ?

'kirim salam. pi tidoq and mimpikan aku dalam mimpimu ... '

'oh nice ! '

sibuk kerja katanya. ' and sorry because cuti tak approve.' Oh My English !

setahun cuti malaysia kasi berapa hari , kalau mengikut negeri apalagi. ahad kerja ? sabtu kerja ?
ya triple dan double mesti diambil.orang raya kita kerja , gaji jalannnnnnnnn ....

gitulah.

ini tidak berkaitan siapapun , saya ulang lagi. ini rawak.
boleh jadi pada manusia mana-mana yang memang selalu tidak ada masa untuk berhubung dengan kawan lain.eh kawan ke sahabat.eh ke cemana ?

pada saya , saya kurang bersetuju. tak setuju apabila mengorbankan tali persahabatan.kawan atas fakta 'aku takda cuti dan aku kerja takpun aku takda masa'

sampai bila ?

deyy hidup kita bukan tongkat dunia deyyy.

hurm -__- '

yang namanya kawan ini akan selalu wujud alasan.

' weh sorry , aku memang nak jumpa tapi tak aku ada hal bla bla bla bla.... '

'bukan taknak , aku tengah bercuti kat luar negara ni.. '

'maaf sangat , ada masa kita jumpa sebab harini tetiba kete aku tayar pancit , tekeluo tayar dari rim. tak gile ko ! ' haaaaa , ni dah lebih ! kikikiki

okeh yang tu main-main aje.kalau betul saya takmo layan dia 3 hari. sebab mengada-ngada.

sahabat.

secara tak langsung definisi sahabat lebih manis maknanya.saya rasalah , sebutan dan rasa sesuatu didalamnya.itulah kalau kita dan dia yang digelar sahabat.
susah ke , tengah gembira ke dia ada sahaja disisi.tapi taklah maksudnya siang malam tak kira waktu duk berkepit dengan kita. tidakkkk....

saya ulang , lain orang lagi banyak maksud yang dapat kita pelajari dan fahami.

sahabat ini , jikalau tambah pula ' aku sahabat denganmu lillahi Ta'ala. ' ya jika dia saluti pula dengan pakain islam dan iman.subhanallah ! lebih damai dan mendamaikan.

doa buat kita akan selalu ada baginya , teringat sahaja pasti dia akan hubungi kita.menjenguk,melawat dan menghadiahkan sesuatu.tak payah mahal-mahal , tak payah brand hebat. cukup sebilah pen kilometrico.eh sebilah ke sebatang ?  'jangan marah , taulah sekolah tinggi , takkan melawak pun tak kasi can ? ' hikhik

sebenarnya tak payah hadiah yang keluar duit pun ada. pi ambik kertas , takpun koyak aje buku lama-lama dan tulis apa yang terlintas. biasanya ayat biasa yang penuh jiwa. iaitu tulisan kebaikan , nasihat dan pujian.

saya pernah terbaca , kita perlu puji sahabat kita sebagai tanda penghargaan.tapi bukan yang tipu atau sekadar buat dia sedap hati. tu namanya cari nahaihhh ! dosa pun dapat.

' terima kasih sudi bersahabat dengan aku , kamu baik dan selalu tolong aku. '

haa tulis cenggitu pun dah lebih dari kembang kingcup hidung sahabat kita tu.hehe

sahabat sejati.ish tak tahu nak review and explain maksud yang mendalam pasal ni.
sejati tahap yang cemana entahla.

yang pasti kita berkawan dan bersahabat , biarlah Allah jadi keutamaanya.
jikalau Allah menjadi tunggak setiap yang kita lakukan insyaaAllah semuanya akan berjalan baik belaka.

saya selalu terfikir ,
dimana aku di dalam cerita ' kawan atau sahabat' ?

'cuma satu yang aku selalu harapkan , semoga sesiapa yang pernah dan bakal wujud dalam ruangan hidupku moga dia selesa , tenang dan menerima aku seadanya.'

"aku teringin menjadi sahabat yang sebenar-benarnya sahabat. tetapi mampukah aku ' ?

p/s : entah pening pulak baca , lain yang nak dikongsi lain pulak isinya.harap tajuk seiring penyampaian.

mintak maaf kalau ada kata-kata yang menyinggung.sekadar bualan di laman blog. :)

No comments:

Post a Comment