jemput jadi kawan =)

Wednesday, November 10, 2010

sedikit masa lagi

gambar sekadar menggambarkan hati dan perasaan =)


hanya beberapa detik sahaja kita di dunia ni,dan setiap detik tu jugaklah saya selalu lupa berterima kasih pada ibu bapa saya,adik beradik saya,kadang2 saya seolah2 lupa yang mereka terlalu menitik beratkan perihalk saya.saya lupa yang saya hanya ada mereka sahaja yang selalu menjadikan siapa saya hari ini.saya selalu ikut kata hati yang saya sendiri keliru.saya tak nak jadi manusia yang sudah kehilangan baru tahu nak menghargai.

sedikit masa lagi,saya tak tau minit keberapa cuma saja lagi yang saya dapat pertahankan di bumi ni,yang nyata si hidup pasti akan pergi menghadap illahi,kalaulah dapat saya undurkan masa saya pasti tak mau lakukan perkara2 tak bijak dengan menghentak2,membentak2 kalau apa yang saya mahukan tetapi tidak dapat dimiliki,padahal saya tahu yang mereka semua mahukan yang terbaik buat saya permata hati mereka.

saya kadang2 kalut dengan keputusan sendiri walaupun pada hakikatnya saya memang selalu merujuk pada mak dalam setiap keputusan,seumur hidup saya tak pernah saya membelakangi ibu bapa saya jauh sekali buat keputusan terburu2,itu sebab saya sanggup menanti hasil yang saya tuai satu hari nanti akan menjadi hasil terbaik pada saya lebih2 lagi utk mak ayah yang tak pernah lupa doakan kejayaan anaknya ini dunia akhirat...walaupun saya selalu menjadi penunggu setia,menanti sebuah 'nilai' yang hampir pasti dan sebaliknya.

masa yang sedikit selalu kita lupa bagaimana cara nak menghabiskannya kan?betul,kadang2 kita terhegeh2 nak kejar benda yang tak pasti,tapi yang memang ada depan mata macam kita buta hati nak menerimanya.

sedikit masa lagi...apa yang pasti,apa yang berlaku dan bakal berlaku,jangan di akhiri dengan kekesalan,dan sebenarnya kalau sesuatu berlaku di luar jangkauan,harusnya kita pasrah.

di kejauhan saya selalu rasa yang kehidupan bersama orang tersayang amat2 bermakna.rindu pada mak dan ayah saya.terlalu.....kalaulah angin dapat sampaikan kerinduan saya,akan saya khabarkan kepada angin supaya katakan pada mak saya 'orang terlalu merindui mak,dan seandainya mak tahu,walau dihidang emas berlian pada org,dijiwa org tetap hanya memilih emak,ayah.kerana emak dan ayah tak pernah buat org rasa jauh...'setiap butir yang mak hijrahkan dalam diri ni,itulah tangkai hati pada orang...ya Tuhan aku menyeru nama kedua orang tuaku dengan namaMU ALLAH HUAKHBAR...KAU LINDUNGILAH IBUBAPA KU,JADIKANLAH KEHIDUPAN YANG SEJAHTERA KE ATAS KEDUA ORG TUAKU...wahai angin sampaikan rasa rinduku pada emak dan ayah....

jauh mana kita berlabuh,yang pasti selain Allah hanya ibubapa sahaja tempat terbaik bagi kita.wallahualam.

2 comments:

  1. rindu my mom jugakkk! huahhh.

    pandailahh buat ayat, boleh tacing baca pagi2 nih. huahh.

    ReplyDelete
  2. hehehe....
    tulaa.........makkkkkkkkkkkkkkk rindu kat mak =)

    terima kaseh aisha =)
    hehe...alhamdulillah la,sikit2 aje
    tima kaseh dtg melawat blog ana neh =)

    ReplyDelete