jemput jadi kawan =)

Tuesday, November 9, 2010

tak ade tajuk spesifik =)

malam ni sudah masuk malam ke tiga saya di bandar yang agak 'bising' ni.(tolongla cik ana oit!,macamlah pertama kali jejak kaki kesini,cehh)...hurmm....ini kiranya percutian perseorangan saya tau,no friends no family no sapa2 pun...haha....

akak awal2 dah bagitahu yang dia akan balik lewat so sampai sekarang tak nampak muka lagi,dan saya takkan tidur selagi dia belum balik.itulah si gerangan cik maggie kalau dah bekerja,itu sebab juga sepanjang saya hidup dengan dia,tak pernah dia bawak balik kerja2 ofis ke rumah.memang dasar takkan balik selagi kerja dia tak siap! good job!hihi-ater,kenapa pulak si yang xcted nih?

seronoknya kalau sekarang saya dapat menaip semua data2 yang pernah saya tulis dan segala bentuk ilham saya pada blog ni,macam teruja pulak bila banyak respon positif dari kawan2 dan kenalan di fb.tapi malam ni idakle...sebab malam ni rasanya nak potpet hal2 semasa(konon)...hihi...tapi kenapa ya,saya ni nampak macam pengganas paling dikehendaki tapi rupanya dalam jiwa ada taman firdausi,ececehhh..tak jugak,saya ni memang dari bangku sekolah suka menulis,mengekspresikan apa2 yang saya fikirkan dalam bentuk penulisan,sama ada saya akan catat dalam bentuk sajak,puisi,cerpen atau yang paling saya sebati dengan penulisan sebuah cerita yang panjang.hmmm,seronok sangat bila dapat meluahkan buah fikiran dan pengalaman dalam penulisan,pernah satu masa waktu zaman seklah menengah,saya punya cita2 salah satunya nak jadik wartawan atau penulis yang disegani macam DATO A.SAMAD SAID,dan seangkatan yg lain,-agak2la cik ana, baru tulis macam budak baru dapat pensil dah perasan bagai nak jadik karyawan teragung! caitt...

tinggal sorang dah banyak berangan lagi ni...haha...eleh,peduli hape saya,bukan kene bayar cukai pintu pun kalau berangan.hahah...

hurmmm,saya ni kan,suka baca blog orang yang punya penulisan yang cool...cool bagi saya mcm mana nak tau?
1-tak banyak merosakkan bahasa atau terlalu memendekkan perkataan.
2-cerita pasal kehidupan dia yang cool.
3-tak kelihatan perasan melebih2.
4-tidak melalaikan diri saya.
5-buat saya gelak gulink2.
6-ade gambar sekali cerita sbb saya kalau rajin adela gambar,kalu tak faham2 ajela.
7-bukan perlu pandai berkata2 tapi cukup la blog dia banyak buat kita rasa yang kehidupan ni cool,
8-paling saya tak berapa nak suka tapi tak salah kalau saya baca supaya saya dapat menilai yg mana baik buruk dan tahu manusia spt apakah si dia-BLOG YANG BANYAK MENULIS MENGUTUK ORANG,CACI ORANG,ASYIK RASA ORANG LAIN KUTUK DIA LAH,APELAH,CAKAP MACAM DIRI TU SEMUA BETUL,WALHAL KITA NAK CAKAP ORANG TAK BETUL SEKURANG2NYA KITA KENE ADE 7SEBAB PALING KUKUH.
9-blog yang tak ramai pengikut,sebab saya perhatikan yang sudah ramai pengikut ni kadang2 isi blog semakin hambar dan mula ala2 'mendabik dada'.-bukan sebab saya takde pengikut yg ramai ye..jgn salah paham.tak pecaya pegi blog2 yg sikit pengikutnya,dia menulis cool aje,yg ramai ni,balik2 tunjuk kehebatan diri dan ape yang dia ade..eh yeke? ape2 jelah.
10-blog yang simple,background yg xsarat,banyak iklan apa bagai...saya nak baca bukan nak tgk atau baca iklan =)

baiklah,saya cuma kongsikan apa yang saya fikirkan.tak perlu marah atau hangin sebab statement saya cool bukan?
haha....

kan senang kalau menulis atas dasar peribadi dan bukan pasal reputasi dan glamourama...apehal lah kan,asal sikit nak cakap orang lain tak betul aje manjang...haishhh...hey2,jgn cakap banyak,dah tau kenapa kamu baca blog org tu cik ana oi...hahahha...
sudah2lah merepek!

salam sayang sahabat semua =)

No comments:

Post a Comment