jemput jadi kawan =)

Thursday, February 24, 2011

jaga

assalamualaikum w.b.t

sila jawab salam saya dengan penuh,kerana saya memuliakan dan memberi salam kepada kamu.jangan remehkan 'salam' dalam kehidupan harian kita.beberapa hari lalu pun saya ada memetik hal berhubung panggilan salam(dalam facebook saya) yang sesuka hati dipendek dan dijadikan sepelik2 perkataan...natijahnya islam menganjurkan perkataan 'salam' sama ada memberi atau menjawab salam tersebut yang digunapakai dalam penggunaan msg SMS atau chat dan seumpamanya,bukan memendek dan menyebut assalam,askum,samekom,sekom,a'kum,dan entah hape lagi,...tolong bagi perhatian...saya menegur dan memperingat diri sendiri juga terutamanya,jadi jika ada kekurangan dan kesilapan dalam bicara saya, sila anda menegur saya,jangan segan2,saya juga sentiasa dalam proses belajar dan menuntut ilmu,

keduanya suka sekali saya memperingatkan kepada diri dan pembaca yang budiman lagi baik hati kerana sudi menjenguk dan membaca,

secara peribadi ingin saya tegaskan yang blog saya ini bukan hanya tempat saya menuturkan apa yang terlintas di fikiran untuk dikongsikan,tetapi saya juga berharap dapat memberikan serba sedikit info walau sekelumit cuma,dan mohon ampun dan maaf yang sangat2 andai terdapa entry lalu yang mungkin menggangu fikiran sesiapa,sesungguhnya saya menulis bukan untuk menegur orang,menasihat orang atau menunjuk yang diri ini serba betul,TIDAK.

saya menulis juga bukan sebab minat semata,bukan sebab nak beritahu orang saya punya blog,saya pandai menulis dan berkata2,jauh sekali untuk bermegah2 atas apa yang saya utarakan di blog ini,saya perlu ingatkan yang blog ini cuma medan saya berkongsi sedikit pengalaman,ilmu,info dan apa juga bahan yang dirasakan perlu dikongsikan,jadi jangan salah faham pada tulisan saya,dan saya tak berminat nak berhujah tentang kekurangan orang lain yang mana pada masa yang sama jika kita duk sibuk cap orang itu macam tu,orang ini macam ni,walhal diri sendiri 'goyah' dek dosa.

moralnya,
hablun minallah-jagalah hubungan kita dengan ALLAH TA'ALA
hablun minannas-jagalah hubungan kita sesama manusia,

p/s-ingat kalau bebuat dosa pada Allah kita punya ruang memohon ampun 'direct' padaNYA,tapi kalau kita berbuat masalah atau terbitkan dosa pada sesama manusia,cemana tu nak minta ampun dan maap?cariklah kat padang masyar sana yang maha terik dan sbgnya,sbb bukan semua manusia pemaaf,walaupn kita sebagai umat manusia,sbg islam perlu memaafkan orang lain...buat masa ini,maaf amat murah untuk saya,akan datang wallahualam..saya yakin yang anda bijak untuk memahami dan meneliti nilai yang jelas sekali mahu saya sampaikan,

ketemu lagi insyaAllah

No comments:

Post a Comment