jemput jadi kawan =)

Monday, March 21, 2011

peringatan dari Allah

sebelum memulakan kata,saya kongsikan beberapa kejadian dan kekuasaan Allah
yang selalu kita terlepas pandang...


kekuasaan ALLAH,sungai dalam laut.



bencana alam-kejadian tanah runtuh di bukit antarabangsa
kecuaian manusia,kealpaan manusia atau apa?
sama2 kita hayati dan kembali kepada YANG MAHA ESA.


bencana alam-kemarau


bencana alam-gempa bumi di jepun


bencana alam-banjir

salam.
semoga Allah sentiasa melindungi setiap langkah perjalanan hidup ku..juga buat seluruh umat NABI MUHAMMAD S.A.W...

Pertamanya saya nak cakap pasal hal2 bencana alam yang melanda manusia di seluruh dunia.bukan malaysia aja,bukan jepun sahaja dan mana2 negara yang dilanda bencana tersebut,dan saya mohon maaf andai banyak kekurangan dan ketidakpandaian saya menyusun kata.MAAF

pada sesiapa yang dapat maklumat berkaitan bencana,dan seumpamanya sila pastikan ke'jelasan' dan kepastian akan khabar tersebut.kadang2 perasan tak banyak 'fakta' kononya menyamakan sesuatu nombor dengan kejadian alam...memang ada disebut dalam AL-QURAN akan kebenaran berlakunya tanda2 kecil kiamat tapi semakin menjadi2 orang2 samakan tarikh itu ini...walhal Allah nak turunkan sesuatu bencana itu atas kehendakNya,QUN FA QUN.bukan sebab persamaan tarikh semata.dan apa yang pasti tak perlu kalut sangat sebab tanda2 kiamat kecil berlaku disekeliling kita.paling berleluasa zina! jadi kalau diberitakan sesuatu khabar buruk,ingtlah kita akan kekuasaan Allah,banyakan amal ibadat,tingkatkan ilmu agama didada,bukan setakat riuh pasal bencana sana sini.padahal bencana tu merata ada.teruk tak teruk,buruk tak buruk.apapun minta pada Allah dijauhkan kita malaysia ini dari bencana yang tak diingini,hentikanlah setiap perkara yang membawa padah.Allah itu tidak tidur...dan pastinya rujuk para ulamak,ahli ugama,AL QURAN bagi setiap permasalahan dan sesuatu perkara yang mengelirukan....saya harap sangat sesiapa yang arif dapat berkongsi dengan saya berkaitan kejadian alam ini.


satu ayat AL-QURAN yang menunjukkan tanda kiamat ialah firman Allah bermaksud ''Tidak ada satu negeripun yang tidak kami binasakan sebelum hari kiamat,atau kami azabkan negeri itu dengan azab yang sangat.Yang demikian sudah termaktub dalam ketentuan Kami.''
(Surah Bani Israel,ayat 58)

Jika kita perhatikan ,tanda2 yang disebut dalam AL-QURAN itu sudah jelas berlaku didepan mata kita...betul kan?kat mana2 pun,jadi kenapa mesti baru sekarang nak terhegeh2 beringat dan cakap takut manjang...memanglah sape yang tak takut...tapi takpayah duk sebut ngerila apa la,inilah manusia,yang memang Allah tunjukkan sebagai pengajaran buat kita duk takut ngeri,buat jahat n asyik bergelumang dengan dosa tak takut pulak...drama betul...naudzubillah minzalik...minta dijauhkan berkelakuan yang menyimpang!

apapun,peristiwa yang berlaku adalah adalah bukti kebenaran mukjizat AL-QURAN bahawa semakin hampir dunia pada kiamat.walaupun banyak yang sudah Allah pertontonkan kepada kita namun masih ramai yang menganggap itu cuma satu bencana alam yang disangkutpaut dek kecuaian manusia,namun hakikatnya kita alpa untuk perbaiki,menambah baik ilmu agama,amal ibadat kita serta meninggalkan segala larangannnya.

dan sebenarnya walau kita tak diberi tarikh tepat akan berlakunya kiamat,janji Allah pasti ditunaikan dan kita perlu mempercayai bahawa apabila tiba waktunya,tiada lagi kesempatan buat kita untuk bertaubat...subhanallah...lambat atau cepat,walau sesaat semuanya pasti berlaku.wajib hukumnya percaya kepada rukun iman...dan wajib juga percaya pada rukun islam.sesungguhnya kiamat salah satu rukun iman yang wajib kita percaya.seperti firman Allah bermaksud, 'Dan pada hari itu ingatlah manusia,tetapi tidak berguna lagi peringatan itu baginya.' ( AL-Fajr Ayat 23).

pada masa ini memang kita rasa dunia umpama syurga dan seolah seperti alam nyata walhal,dunia ini sebahagian daripada alam yang benar2 nyata,sebagai orang islam,kita wajib percaya wujudnya hari kiamat,seperti yang saya cakap tadi,dan antara tanda2 kiamat kecil itu adalah kurangnya ilmu,meratanya kebodohan bermaksud lebih ramai tak menggunakan akal dalam tindakan mereka,sebaliknya menggunakan hati semata.umpama membuat keputusan membuta tuli ikut perasaan.selain itu,perempuan melebihi lelaki,banyak berlakunya zina,masa menjadi lebih singkat,timbulnya peperangan sesama islam dan berlakunya bencana alam seperti kemarau,banjir dan gempa bumi....semua tu depan mata kita bukan?

jadi dalam kita sibuk melayari urursan dunia umpama tiada berpenghujung,mari kita ingatkan diri bahawa kiamat itu sudah menghampiri kita,dan pasti akan tiba,apa yang berlaku di senatero dunia adalah tanda kiamat kecil, dan itu adalah peringatan Allah untuk hambaNya,walau dimanapun bencana itu berlaku,bila,pukul berapa,berapa skal ritcher dan senagainya itu tak penting,yang lebih penting kita melihat apa yang berlaku adalah peringatan Allh untuk kita,kita perlu ingat apa yang berlaku adalah kehendak Allah Ta'ala,dan percaya akan kewujudan kiamat,dajjal,hari perhitungan dan semua yang tertulis dalam AL-QURAN.

Mudah mudahan kita termasuk dikalangan orang orang yang mendapat rahmat dan keredhaan Allah Ta'ala sama ada didunia mahupun diakhirat kelak....amin ya rabbul alamin...


wallahualam.

p/s-perkongsian yang membawa kebaikan amat saya hargai.dan entry saya kali ini merujuk pada ruangan PEDOMAN,HM.semoga kita sama2 mendapat manfaat.

No comments:

Post a Comment