jemput jadi kawan =)

Friday, May 20, 2011

kenangan bantu kita berfikir

salam

teringat kisah2 lalu...rindu pulak.banyak yang saya rindukan dan serasa kalau boleh nak pergi kembali pada zaman2 indah yang lepas...dapat sekejap pun jadila...tapi saya akur,semua tu kan fitrah manusia...manusia ni kan macam2...sama juga saya,rindu membuak2 pada zaman2 sekolah saya,rindu zaman belajar di universiti dan zaman kanak2 saya.

semalaman kalau saya sedang buat artwork dan lain2 keje,mesi teringat kat zaman saya sekolah dan belajar kat universiti.oh Tuhan rindu yang betul2 menggamit perasaan...tapikan,perasaan ni istimewa sangat tau.hihi...baiklah ye,sebelum salah faham terjadi meh saya bagitau,entry ni bukan rindu merindu pada kekasih hati apa bagai...tapi saya rindukan zaman saya kehulu kehilir,kesana kemari,tidur makan yang tungging langgang demi belajar! alhamdulillah...saya bersyukur sangat pada Allah sebab saya antara yang bertuah kerana berkesempatan untuk menikmati itu semua sedangkan pada saya sedang2 syok gembira ingat kisah2 lalu yang indah2,tapi sebenarnya masih ramai antara kita yang masih atau sedang melalui saat2 getir dan dalam kesedihan dengan nasib hidup masing2....

dalam pada kita seronok,bahagia,ada makan pakai semua,percayalah....bukan semua bernasib baik wahai pembaca sekalian....maka apapun dalam ingatan dan fikiran kita,perlunya kita sama2 memikir dan cuba rasa apa yang orang lain rasakan sekalipun memang tak sama perasaan itu...

rindunya saya....moga2 kerinduan itu buat saya lebih kuat untuk berjuang dalam hidup dan memperbaiki apa yang kurang dan menambah baik diri...insyaAllah...

p/s-selamat meniti hari2 yang lebih menerujakan ya! =)

No comments:

Post a Comment