jemput jadi kawan =)

Wednesday, May 4, 2011

satu

selalu berimpian supaya jadi satu dalam berjuta.


salam

saya jarang2 dalam lingkungan atau kategori orang2 yang selalu dapat nombor satu.ya betul.time skola dulu pun kalau dalam peperiksaan setakat dapat nombor dua atau tiga.yang lain nombor tujuh la,hee...awak takpandei..ada pernah dapat nombor 12 tau.tapi saya tak malu nak ngaku.hee.

tapi alhamdulillah sangat2 dalam hal2 yang membabitkan kepercayaan dan keyakinan entah kenapa ulak saya selalu dipilih menjadi orang pertama atau orang penting ataupun orang2 utama dalam sesebuah organisasi(takde makna nak cakap diri ni hebat,sekadar memenuhi cerita bagi entry kali ini).tu yang pelik tu.pelik sangat2.sekolah rendah kalau ada buat apa2 team even dalam sukan(saya kategori pelajar sehat) pun saya jadik ketua.apehal ya,padahal terang2 saya beso.boleh ke? inilah yang dinamakan bukan semua orang melihat pada rupa,tapi BAKAT.cececehh,font beso pulak...hee

iya,sungguh,tanyalah sapa2 yang kenal saya.sampai sekolah menengah keadaan yang sama berlaku,dipilih dan terpilih.cuma dalam banyak2 benda jadik ketua kelas memang tak mau! banyak keje la.sebab saya ni kaki berpesatuan,hee.pehtu kang ade aje cikgu manggil nak jumpe utk preparation debate and sebagainya...taknak sebab saya tak mau jadi seseorang yang cuai dalam menunaikan tanggungjawab.itupun saya tetap jadi bendahari bertahun2 berturut2...kira saya ni 'along' la dalam kelas....ahhaha,kwn2 pun naik muak dgn saya sebab saya asyik minta duit aje.kikikiki.ater dah tanggungjawab.

hmm,tapi tula kan,kita ni sebenarnya apa yang berlaku dalam hidup dan persekitaran kita,kita selalu terlepas pandang dan terlupa.kadang2 tak perasan sesunguhhnya apa yang kita nak Allah selalu tunaikan,dalam sedar atau tidak.kita aja yang kene peka.perlu and wajib berterima kasih pada Allah.jangan leka pada Allah.

walaupun saya bukanlah kategori insan2 yang selalu mendapat nombor satu atau orang2 terawal,tapi saya tetap merasakan saya antara insan2 atau makhluk Allah yang tersangat2 amat2 beruntung.mohon dijauhkan saya dari lupa diri.naudzubillah.

saya bukan nombor satu,tapi saya selalu berusaha dan yakin dengan kuasa Allah yang saya juga mampu walau dalam kepayahan.satu dua tiga atau apa nombor sekalipun yang penting anggaplah kita satu2nya insan paling beruntung! dan apa yang saya mahu sampaikan sebenarnya saya mahu jadi satu satunya gadis paling istimewa di dunia.

kalau orang lain menetapkan mahu jadi gadis paling lawa,cun,ada kerjaya yang hebat,banyak duit,rupa dan susuk seperti model,punya segalanya , TAPI saya cuma mahu jadi


SATU SATUNYA gadis paling istimewa dimata ibu ayah saya,dimata Allah pastinya.dan saya harap akan menjadi satu2nya insan istimewa yang indah dan hebatnya hingga sukar dimiliki.wallahualam...


dan maksud istimewa itu sangat suci dan murni hingga saya susah nak luahkan pada teman2 yang sudi membaca entry ini.

p/s-impian ISTIMEWA itu melangkaui segala jenis cita2 yang saya pernah impikan.semoga ALLAH MERAHMATI,MEMBERKATI dan MEMAKBULKAN DOA,HARAPAN DAN IMPIAN saya.amin yaa robbul alamin.

No comments:

Post a Comment