jemput jadi kawan =)

Sunday, July 10, 2011

putaran roda kehidupan kita

salam.

lari lah kemana pun,mendakilah mana mana bukit sekalipun atau renangilah lautan apa jua yang kita mahu dan mampu.kalau dah nama hidup dan perjalanan merentasi hidup pasti kita akan berada dalam putaran roda.putaran roda pula tak akan berada dibawah selamanya,juga tak akan statik pada di atas sahaja.semua dari kita melalui,merasai dan bakal menghadapi macam macam lagi episop hidup.

harini kita kata kita berjuang demi merebut gelaran juara,tapi kandas.sedikit sebanyak rasa kecewa datang menimpa jiwa,perasaan mula rasa goyah dan gundah.tapi kita selalu berada pada tahap pemikiran,jika gagal kali ini maka peluang mungkin tipis masa akan datang.oh tidak sayang....tidak begitu.itu sebab saya selalu tekankan pada diri,jangan selalu bersedih atas apa yang Allah tidak tentukan untuk saya.hati saya tetap berkocak pilu.walhal saya telah buang waktu disitu.rezeki itu berada disegenap alam semesta.Allah Maha Kaya,Maha Memberi,jadi mari gali.mari wahai anak adam,segeralah kamu berusaha.yakinlah dengan janji2 Allah.

itu al kisah kandas di tengah waktu,nahh ambil satu rezeki yang kamu sendiri tak pernah sangka hadir dalam sekelip mata.hebatkan kuasa Allah.lihat roda putaran masa kita takkan berada dibawah selamanya,semalam kita berjuang dan gagal,hari ini kita bangkit semula insyaAllah esok Allah turunkan berlipatganda rezeki untuk kita.tak cukup lagikah?

teringat satu kata 'kesusahan takkan selalu untuk kita,tetapi kesenangan pasti hadir selepas itu,meskipun kita sebenarnya sebelum sebelum itu selalu bersenang lenang tetapi lupa pada Allah.'

saya tak mahu jadi manusia yang bila terdesak dan dalam kesusahan baru ingat Maha Pencipta,saya didik hati dan diri supaya hari demi hari yang saya lewati saya mahu mendapat keredhoan Allah,saya mahu merasakan nikmat dan hikmah dalam hidup.saya mahu rasa 'sebenar' apa tujuan saya menumpang di bumi Allah ini

jika roda kita tidak dipuncak,tenangkan diri.banyakkan usaha,doa tanpa kenal erti jemu dan pasrah segalanya atas nama Allah,dan jika kita hampir pegang dan gapai kemenangan ucapkanlah Allahuakhbar,terima kasih syukur pada Tuhan.tanpa izinNya,adakah pasti kita akan meraih nikmat sebegitu hebat.terima kasihlah pada ibu ayah dan orang2 sekeliling kita,kerana kita juga selalu terhutang doa orang2 untuk kita.

andai kita baik,semua orang suka.orang juga takkan lokek mendoakan kita.kemana pergipun insyaAllah selamat.apalagi mak ayah yang tak pernah tinggal berdoa demi kita.kita? pastilah kita sendiri perlu dan wajib mendoakan yang terbaik untuk diri dan masa depan kita.

jadi,jika kita dalam masalah,pandanglah ia sebagai laluan untuk mematangkan diri.masalah jangan direnung sebagai masalah insyaAllah takde masalah,

hihi

wallahualam,

p/s-ingat lagi cikgu saya cakap time skola dulu 'sape takde masalah? sume diam.nasib tak angkat tangan,cikgu kata, 'orang gile aje yang tadek masalah' kikki

No comments:

Post a Comment