jemput jadi kawan =)

Saturday, July 9, 2011

salah anggap

salam.

Ya Nabi Salam Alayka,Ya Rasul Salam Alayka...

sebelum terus pergi ke pokok cerita suka saya nak ajak kawan2 dan diri sendiri terutamanya membawa diri kembali atau menyemak semula kesah2 lalu,baik yang sukar atau yang membahagiakan.saya selalu baca dan terbaca kata2 orang,kata2 motivasi dan semangat yang mana ada menyebut 'jangan dikenang barang yang lepas'

saya setuju.lebih2 lagi pada perkara2 yang menyesekkan jiwa,tapi saya lagi setuju jika ditambah sedikit perkataan yang lebih jelas lagi nyata.

'jangan dikenang barang yang lepas,cuma terkadang kenanglah sebagai muhasabah diri demi masa kelak'

pandai2 aje ye saya tambah,tak bukan apa.kalau tak pandang langsung mana maunye yong oi...misalnya kalau seseorang itu gagal dalam satu2 pertandingan maka ia perlu kenang hal itu untuk memperbaiki mana yang wajar untuk masa depan pula.molek kan?

jadi,saya nak masuk part yang mana tajuk kat atas tu cakap(saya le yang cakap) 'jangan salah anggap'...saya yakin yang kita2 semua pernah dalam situasi tu.cuma gaya dan keadaan yang berbeza.begini,mengapa ya kita selalu berperasaan yang kita akan memiliki dan dimiliki oleh sesuatu.besar makna 'sesuatu' saya ni.saya bagi dua contoh,

pertama,kalau kita lihat satu2 barangla,kebetulan memnag minat and dan2 terpaut nak jadi dalam hati dan kepala otak dah berkira2 'aku mesti dapat tu punya' !

kedua 'ya Allah,kacaknya dia,boleh jadi kekasih ni, ataupun 'bila engkau menjadi kekasihku,bermakna engkau juga yang akan bertakhta di hatiku(kahwin la maknanya)

agak2 kalau ayat skema ke apa ke,sila buat contoh sendiri asalkan kena dengan apa yang mahu disampaikan,macam ni lah ya,di atas dua contoh berbeza dari segi perkara dan manusia.

saya ambil kesah mengenai manusia.kita kita selalu beranggapan bila kita menyukai sesuatu dan terlalu berharap maka akan wujud perasaan ingin memiliki.seterusnya ingin menggenggami..kalau boleh nak jadi hak milik persendirian tanpa jelas akan tujuan.biasalah manusia.

persoalannya disini,kenapa bila kita berkasih(maaf pada yang berpasangan yang masih belum punya ikatan sah disisi agama,)kita lekas wujudkan perasaan andai dia memang kekasih yang terbaik maka kita berharap dia akan jadi milik kita.

rules yang kita bikin kita fikir nak Allah kabulkan.tapi rules yang lebih UTAMA lagi MUSTAHAK selalu ditolak ketepi.apemende tu?

jadikanlah iktibar pada kesah2 yang terdahulu.berkasih bkan bermakna memiliki.

jika kita mahukan sesuatu yang terbaik maka kita dahulu yang perlu dekatkan diri kepada Allah.bukan interframe sesama sendiri dan lupa prosedur yang lebih baik untuk menjalani hubungan yang diredhoi Allah.

Setelah kita mendekati Allah,maka jodoh kita akan Allah takdirkan selepas itu.indah kan?

mengapa biarkan hati kita lelah dan letih berkocak2 dalam tadahan air yang bisa buat kita lemas?

padahal kita ada jalan dan ruang,lebih cantik kita gunapakai alatan yang sewajarnya untuk menyelam dengan baik.

tak penat ke bermain tarik tali.jiwa kacau segenap ruang hati.bicara butir kata adakala boleh jadi tak betul sebab dalam bayangan berkasih kasihan.

setelah ada yang membaca mungkin ada yang marah,atau mungkin tak setuju dengan cakap2 saya.terpulang..Allah berikan kita akal.gunakan akal ketika mahu berurusan debat.jangan bertungjangan emosi bila berkata.dan jangan lekas meluru bila tak sehaluan hala pemikiran.

faham maksud saya?

sebenarnya hal2 berkaitan pasangan antara lelaki dan perempuan bukan saya yang keluarkan undang2.bukan saya yang menjadi hakim.tetapi Allah...jadi masih tak jelaskah mengenai halal haram dalam perhubungan?

saya tidak menolak andai ada cakap2 tentang 'macamlah ko takde boypren? atau 'bajet baik,cakap macam taknak kapel'...

dan apa jua kemungkinan la...

dan disini,harus lagi perlu saya mengingati diri yang tujuan hidup ini adalah mencari mardhotillah...mencari keredhoan Allah.jadi saya mahukan perhubungan yang dirahmati,diberkati dan Allah redho akan saya...saya berazam pada Yang Maha Kuasa,kuatkan hati saya supaya memegang azam dan 'tali' janji saya pada diri.Allah Maha Tahu.

mohon agar kita semua mengutamakan yang UTAMA.bukan kedua,ketiga keempat atau keberapa sekalipun.

'jika mahu dikasihi,maka kita kasihlah Allah dahulu,baru dikasihi sesama manusia.
jika mahu mendapat belaian dan perhatian,wajar lagi wajib kita mendekati Allah terlebih dahulu,ya baru akan ada yang 'nampak' diri kita.insyaAllah segala nikmat yang kita ingin miliki sekalipun tidak semua tercapai namun kita perlu utamakan Allah Subaha nahuwata'ala...Allah Yang Maha Kaya,Tuhan Semesta Alam...subhanallah...

p/s-jangan lekas beranggapan sebelum kita meneliti akan kebenaran.

maaf mana yang kurang,tolong betulkan mana yang saya silap.yang indah dari Allah,dan keburukan itu segalany dari saya,wallahualam

No comments:

Post a Comment