jemput jadi kawan =)

Sunday, September 25, 2011

ketelusan menerima cobaan

salam

selepas selesai menghabiskan urusan dan tuntutan hidup sebagai seorang pelajar,maka dalam rangka untuk mencari dan mendapatkan kerja yang terbaik saya dengan rendah hati memohon pada Yang Maha Kuasa agar permudahkan urusan saya,mohon Allah kurniakan ketenangan hati yang berlipat kali ganda supaya saya tidak gundah gulana dan gusar mengenai rezeki yang bakal Allah beri,walhal sebenarnya hari2 saya menikmati rezeki dan segala macam karunia yang Maha Hebat milik Pencipta.malu andai saya tak tahu bersyukur.tidak tahu diri andai saya lalai atas muka bumi ini...oh Tuhan,Kau bimbing dan pimpinlah hati ku kejalan yang engkau redhai.sentiasalah bersamaku walau dalam senang dan susahku,aku senantiasa memerlukanmu Ya Allah.setiap waktu jejak dan ketika...subhanallah Maha Suci Allah,hanya kepadaMu aku berserah hati dan bergantung sepenuhnya.

Demi merangka rangka dan dalam usaha untuk mencari yang terbaik,bukan semudah seperti yang saya fikir dan tulis dalam jadual harian saya,tidak seperti yang selalu kita harap dan citakan,percayalah dalam meniti hari2 mendatang,ujian itu ada dimana2,selalu si emak dan ayah mengingatkan betapa pentingnya ilmu agama,betapa IMAN itu di atas,kerana tanpa iman kita selalu hampir2 menurun dan mahu terjun ke lembah yang tidak sepatutnya,dan kerana itulah pesan ibu supaya menjadikan Al Quran itu sebagai teman serta panduan terbaik dalam hidup.Allah itu telah sediakan segalanya,jadi mari sama2 usaha cari gali dan mendalami apa yang terbaik untuk kita,sebagai muslim setiap kali bencana menimpa sekalipun kecil mahupun besar,bertenanglah...Allah itu sedang menguji,Allah Itu Lebih Tahu,Maha Tahu.Maha segalanya...

Bohonglah dalam rutin harian dan kelancaran urusan tidak dihinggapi sebarang masalah dan badai,jadi jika tiada masalah bagaimana kita mahu matang,di mana letaknya daya penyelesaian kita terhadap satu2 masalah,bagaimana kita tahu erti susah jerih dan payah untuk membina sebuah kehidupan yang unggul...benar bukan?

jika mahu bercakap tentang impian dan cita2,masyaAllah...subhanallah...kalau dikata langit itu tinggi,rasanya cita saya tinggi lagi dari langit...cemana tu? hee
seperti dan bagaimana sekalipun impian saya,kalau saya melupakan asas dan tututan yang utama sebagai islam,adalah sangat rugi dan tiada maknya hidup ini,sesiapapun begitu,maka kembalilah kepada Yang Maha Kudus,Maha Pengasih,Maha Pembuka Rahmat Maha segalanya...

dengan rendah hati,saya selalu bermohon andai sesuatu yang saya impi dan citakan masih tidak tercapai,saya redho.saya pasrah atas takdir Allah,saya juga tahu yang saya telah berusaha sedaya upaya yang Allah pinjamkan kepada saya,jika tertulis untuk saya maka apa carapun ia memang untuk saya,namun jika seluruh alam ini berusaha demi saya namun Allah tidak izinkan maka ia sememangnya tidak ditakdrikan untuk saya.walhal saya perlu tahu yang rezeki Allah itu Maha Luas,ada dimana2.

cuma sesekali bila hadir waktu ketika hati dan riak2 marah dalam hati,subhanallah...mula fikir yang bukan2,dan adakala pernah menyalahkan diri,itu dan ini,Ya Allah mohon Engkau tetapkan hati ini,janganlah hati dan diri ini terpesong,sesungguhnya Engkau Maha Tahu.

luar biasanya diri ini bila mulai tenang dan berpijak di alam yang nyata.terasa seperti yang saya sebenarnya adalah antara hambaNya yang terpilih untuk menerima dan menjalani sesebuah utusan hidup yang bernama cobaan.atas utusan itu penuh liku2 baik yang indah mahupun sebaliknya.tetapi terserlah keluhuran dan keindahan yang luar biasa disitu.umpama sebuah kanvas.

setelah kita berusaha dan benar2 memohon kepadaNya,
insyaAllah bila tiba waktunya maka bersenang hatilah kita untuk itu,apa dan bagaimana rupanya rezeki yang hadir itu,terimalah dengan sepenuh hati.bersyukur kepada Allah.


p/s-andai terdapat kesilapan,mohon tegur dan maakan saya.mudah2an Allah melimpahkan rezeki,kesihatan dan kesejahteraan hidup pada kalian.amin ya robb,

No comments:

Post a Comment