jemput jadi kawan =)

Thursday, September 15, 2011

lappy+rumah terbuka

assalamualaikum wbt

mudah2an kalian berada dalam rahmat Allah selalu,
ini sudah masuk hari keempat di kampung,alhamdulillah seronok dan gembira sebab dapat spend masa dengan keluarga walaupun dah cuti raya haritu dalam 7 hari =)
sementara menunggu hari rehearsal dan hari konvo saya nanti di putrajaya,ada jarak hari yang perlu saya tunggu,baik berkemas dan sambung balik raya kat perak...hee

paling cool,waktu menulis entry ni,muka saya ya rabbi,ketat sangat.bukan sebab marah tapi saya sapukan serata wajah dengan limau.bukan apa dekat2 nak konvo ni ada pulak macikpimple bertandang kat tepi bibir.dengan petua yang masih saya ingat dan selalu pratikkan maka saya pun sapulah limau nipis kat wajah...masyaAllah pedih tak ingat T__T

tak ape,demi nak wajah halus(harus diingat,saya bukan jenis jaga kecantikan atau beria nak cantik bebenor),saya usahakan juga,sebenarnya hanya sekadar nak menghilangkan dan kalau boleh biarlah kemas plus segar wajah ni,apapun yang penting bersederhana dalam apa jua yang dilakukan...takde makna nak berbelanja besar atau pergi beli produk yang superduper mahal...baik saya spend untuk perkara lagi penting... =)

hurmm,berbalik tajuk asal,dah beberapa hari juga saya menggunakan lappy adik untuk buat kerja dan online,apekan daya,lappy saya tetibe masalah bila saya on tenet,but bukan wireless umah saya or bb yang masalah...ya Allah,saya harap lappy saya ni semakin ok,bukan apa banyak kerja saya nak selesaikan...lagipun alahai,lappy adik ni comel sangat,kecik,saya dah biasa pakai yang hat beso(acer zaman dulu saya tu,hee..

sebelum on9 ni tadi ha,saya pergi rumah akak dengan mak,sebab nak tolong dia masak apa yang patut,rumahnya ada jamuan raya harini,insyaAllah..makanan semua dah settle masak.insyaAllah kawan2 tempat kerja dia,jiran2 n kawan saya pun saya ajak nanti...hehe

ape menunye ye?
sederhana belaka.as usual bila jamuan raya diadakan
-laksa
-ketupat
-kuah kacang
-bubur kacang
-dadih
-kuih muih

apelagi ya,haha,lupalah...mudah2an semuanya berjalan lancar,amin


-semua orang mesti sibuk dengan open house sana sini,makan berpadan patut ya,
get ready nak pergi servis kereta,esok insyaAllah mahu beraya dengan teman2 =)


No comments:

Post a Comment